[ ]
Latest News Updates
By IBNYAHYA (DOT) NET - Memburu Cinta Ilahi | September 09, 2010 | Posted in , | With 0 comments

Lirik : Nik Mohamad Azreen
Lagu : Nik Mohamad Azreen
Ciptaan 2009 (ibnyahya)
________________

Malang ….(4x)

Malang bermula disini
Bersinar hilang bersinar
Menghilang entah kemana
Dibawa arus sambayu..

Suka gelak ketawa
Duka meronta ronta
Menjadi tak mengena
Pada sang malang derita ..

Malang…. (4x)

Menghilang entah kemana
Cinta dan cita-cita
Impian harapan mulia
Keresahan dunia semata…

Malang bermula disini
Dunia mainan terleka
Menyesatkan hati yang lara
Bersabar menghadapinya..


-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

lirik malang di tulis mengenangkan nasib seseorang yang begitu berkait dengan kehidupan saya..ia mengingatkan kepada saya, kehidupan mereka yang sentiasa malang dalam mengharungi kehidupan seharian yang begitu menyedihkan dan kadang kala derita..ttp ia cukup berbeza bt sang malang ini ia tidak sama seperti insan-insan yang lain..

By IBNYAHYA (DOT) NET - Memburu Cinta Ilahi | September 03, 2010 | Posted in | With 0 comments


JEMPUTAN KE MAJLIS KESYUKURAN SAYA,YANG AKAN MELANJUTKAN PENGAJIAN KE TIMUR TENGAH [AL-URDUN]  

AKTIVITI : BERBUKA PUASA + SOLAT MAGHRIB + SOLAT HAJAT 
TARIKH : 05 September 2010 bersamaan 26 Ramadan 1431 
MASA : 07:00 ptg ( AHAD ) 
TEMPAT : Kediaman kami di PULAU MELAKA LOT 191 KAMPUNG PULAU MELAKA, 16150 KOTA BHARU, KELANTAN. 

Alhamdulillah proses pengajian saya ke Timur Tengah bagi lanjutan dalam BIDANG PENGAJIAN ISLAM,SYARIAH di AL ALBAYT UNIVERSITY MAFRAQ JORDAN telah mendapat lampu hijau dari pihak kedutaan disana.

Selain itu bersyukur juga kehadrat ilahi kerana pengajian ini juga telah menjadi pilihan terbaik buat diri saya insyaallah bersama dengan sahabat saya yang lain.

Insyaallah akan berangkat ke JORDAN pada hari raya ke-2 

BERIKUT TARIKH dan MASA PENERBANGAN :-
11/09/2010 KB ke KL (17 10) dan (18 05) 
12/09/2010 KLIA ke Bahrain (10 40) dan (13 35) 
13/09/2010 Bahrain ke Amman (09 50) dan (12 30) 

Kepada semua yang mengenali diri saya, anda semua dijemput hadir ke kediaman saya bagi sama-sama memeriahkan lagi Majlis Kesyukuran tersebut. Diharapkan sinar kerahmatan terpancar kepada kalian semua insyaallah.

BERSAMA MENGHIDUPKAN MALAM LAILATUL QADAR INSYAALLAH.