[ ]
Latest News Updates
By IBNYAHYA (DOT) NET - Memburu Cinta Ilahi | Mac 26, 2011 | Posted in | With 0 comments


Saksikan Kisah Kejayaan: Sebuah cerita tentang seorang siswa istimewa yang belajar bahasa Inggeris di EF dan memenangi berbagai penghargaan dunia. Dimanapun beliau berada, Rusia,Cina,Indonesia ataupun di belahan dunia lainnya...


SELAMAT MENONTON !

Untuk Melihat Video Pengembaraan Masa Depan Klik Link Dibawah  :

By IBNYAHYA (DOT) NET - Memburu Cinta Ilahi | Mac 22, 2011 | Posted in | With 0 comments
Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya: “Tiga perkara yang boleh mengeratkan persahabatan dengan saudaramu iaitu memberi salam apabila bertemu dengannya dan menyediakan tempat duduknya dalam sesuatu majlis serta panggilah ia dengan nama yang paling disenanginya.”
Riwayat Al-Tabrani
Huraian:
  • Kita hendaklah sentiasa mempamerkan keperibadian seorang muslim dalam setiap pergaulan kerana ia merupakan aset penting bagi kejayaan diri serta organisasi yang dipimpin.

  • Tutur kata yang baik, beradab dan dipenuhi unsur-unsur keikhlasan akan memberikan motivasi yang paling berkesan kepada setiap individu dalam masyarakat sekeliling sehingga membentuk kualiti ummah yang terbaik dan menjadi contoh kepada yang lain.

  • Jika kita mahu dihormati maka kita hendaklah terlebih dahulu menghormati orang lain sama ada dengan mengucapkan salam, bersikap peramah dan mengutamakan keperluannya. Ini dengan sendirinya akan menerbitkan perasaan hormat orang itu terhadap kita dan seterusnya menimbulkan rasa kasih dan sayang antara satu sama lain - © Himpunan Hadis



By IBNYAHYA (DOT) NET - Memburu Cinta Ilahi | Mac 15, 2011 | Posted in | With 0 comments
14 Mac 2011
Mafraq,Jordan
01 : 09 : pm

Assalamualaikum wbt..ana meneruskan lagi "Epilog Kembara"ana seterus nya setelah berapa lama ana berehat atau pun sibuk sangat-sangat disebabkan beberapa masalah yang tak dapat dielakkan,namun demikian akan ana meneruskan perjalanan kembara ini,berbalik kepada penceritaan ana kali ini,dikala terkenang kisah dahulu ana masih ingat, ketika itu ana duduk melihat keindahan ciptaan ilahi di sudut pintu masuk rumah ana,selepas itu lamunan ana merenung jauh entah kemana,dan bermulalah hidup dalam khayalan ana itu dengan ana mengatakan kemanalah ana akan pergi selepas ini, selepas beberapa duka lara yang ditempuhi,hidup ini berasa sungguh terpesong dari landasan,pengorbanan yang ana hulurkan atau korbankan sungguh banyak,entah sudah berapa peristiwa semalam yang tertanam dalam diari mereka - mereka disana sini,iaitu "Keluarga Sakinah" keluarga ana,dimasa itu ana ada mengatakan dalam lamunan ana itu, duhai ilahi mungkin kan suratan takdir ana selepas ini baik,atau mungkin sebaliknya,kotak minda masih berkhayal,sehingga kan jauh berjauhan ingin ku berlari,yang ana serapkan dalam diri ana adalah ingin membuat bonda ayahde ana sejahtera dan tenteram,walaupun mungkin ketika itu ana fikir walau kita berkejauhan, ana tetap akan meneruskan warisan "Keluarga Sakinah" ini sehinggakan mencapai apa yang dihajatkan,iaitu sebuah kejayaan yang diharapkan dalam misi sesebuah keluarga itu,tak dinafikan walaupun kini ada sudah ahli keluarga ana yang berjaya dalam hidup mereka namun sungguh baik,adalah kerana,akan menjadi titik pengharapan kepada adik-adik ana yang lain untuk turut bangun dari tidur dan berfikir bahwa ilahi menciptakan kita semua adalah untuk berjaya dan bukan nya sebalik nya , teringat ana pada suatu kata-kata yang cukup menaikkan semangat ana ketika itu,ketika tahun ana mengambil Sijil Pelajaran Malaysia ataupun (SPM) yang mana kata-kata semangat ini sering menjadi ubat penawar dalam hidup ana seharian selain kitab Al-Quran,iaitu "Genggam bara biar sampai Menjadi intan Berlian" dan "Lihat Potensi bukan Realiti" ini antara kata-kata semangat yang ana jadikan pembangkit semangat untuk berjuang sehingga kemana saja arah ana telusuri,mahupun matlamat tetap tertanam dihati diminda


walhal kayalan ana sungguh jauh berterbangan,sehingga melontar ke alam entah kemana,ketika itu juga terfikir pula kepada insan yang penyayang,sungguh sungguh mereka amat terbaik dalam kalbu ana,sehingga kini masih tertanam naluri keibuan dalam diri ana, ana adakala nya hampir mendambakan kebahagiaan

Oh bonda,ana sering terfikir sekiranya ana berada ditempat mereka,sungguh banyak beban yang digalas dibahu mereka,ana tersentak dalam khayalan yang menjauh itu,pabila hadir suara indah menjiwai kalbu ana sewaktu tersentak,sungguh bermakna sebuah lagu itu pada ana,kebahagian dan perjalanan pelayaran hidup ini penuh rintangan,sungguh banyak kasih sayang yang terkorban dan adakala nya sungguh menderita hati ana ini,namun ana abadikan akan duka itu untuk menuju puncak kejayaan yang diredhai walupun pahit menghalangi nya.Kini walupun berkejauhan ana berasa ingin berlari kepangkuan bonda dan ayahde ana itu,sungguh rindu akan mereka,tak dinafikan semua manusia yang bergelar anak mesti dambakan kasih sayang seorang ibu dan ayah,dan walaupun ada waktu itu ana cukup gembira walaupun hanya dapat mendengari suara mereka,dan ana sempat kata pada mereka,yang ana sungguh gembira mendengari suara ibu,akan tetapi ana tak boleh sekarang ini untuk mendakapi ayah ibu ketika ini kerana berada berkejauhan di perantauan,dan bila lah pula masa nya untuk ana mendakapi mereka lagi sambil berkejatuhan air mata,sungguh menusuk jiwa semasa ana berkarya dengan menciptakan sebuah lirik lagu kepada mereka,lagu hasil ciptaan ana sebelum ini,sebelum ana datang ke Bumi Ambiya' ana sempat menciptakan sebuah lirik luahan isi hati ana ketika itu,yang memang mendambakan kasih mereka,yang bertajuk "Permata Hati" kerana ana fikir waktu itu bila pula ana akan berselalu bersama mereka suatu hari nanti,sungguh perjalanan ana untuk merentasi laut hindi dan teluk arab ini,amat besar perjalanan nya,ana tabah menhadapi nya walaupun keadaan masa itu banyak cabang yang perlu dipilih,ana hilang arah,keluarga mana-mana pun mesti ada falsafah mereka tersendiri,begitu juga ana dalam keluarga, ada saja penghalang nya pada ana,sehinggakan "Kasih Sayang" ana ketika itu

Hampir berlumuran darah,sehinggakan ana sempat manghasilkan se buah lirik Ana yang seterus nya yang bertajuk "Malang" sejujur pengorbanan,memang tak ana nafikan perlu untuk bangkit gemilang dalam hidup,kekadang air muka ayahda dan bonda,ana boleh tafsirkan melalui hati ana,betapa tinggi nya pengharapan mereka kepada ana,walaupun di wajah mereka terlukis tenang,debar didada mereka rahsiakan,namum ana pastikan mereka aman tenang kelak,Kasih Sayang ini tiada bisa dijual beli,ayahda bonda lah insan yang pengasih yang sentiasa mengambil kisah akan anak-anak mereka sejak dulu sehinggalah anak-anak itu berumah tangga sendiri,namum betapa ana mengharapkan sentiasa hadir restumu ibu,akan ana membawa nya ke Syurga dengan bersemi nya kasih sayang yang berpanjangan dari insan yang mendoakan kebahgiaan anak-anakmu oh Bonda ayahda ku..

NMA - Permata Hati -
Lirik - Nik Mohamad Azreen
Lagu - Nik Mohamad Azreen
Ciptaan 2009 (ibnyahya)

Aku mengerti hidup ini
Mengapa ia bisa terjadi
Menimbul rasa pahit dihati
Keringat permata hati yang suci

Walaupun makhluk tiada mengerti
Kan tercipta langkah yang suci
Padamu suatu hari nanti
Cahaya datang menyinari diri

Hidup yang ceria kan tiada lagi
Pabila aku jauh disana
Jiwa yang manja kan hidup berdikari
Menjadi sebaik makhluk ilahi

Gelumang dosa bersama mu permata hati
Dikala waktu usia muda
Berputik hitam berbisa dikalbu
Menjadi penghalang nur ilahi

Tiada lagi harapan yang dicari
Selain redha dan cinta suci
Pada mu permata hati yang suci
Kerana diri mu amat bererti

Permata hati kan pergi
Pabila usia malam sunyi
Gementar jasad dialam ini
Waktu itu azam tetap dikalbu..

NMA - Malang
Lirik : Nik Mohamad Azreen
Lagu : Nik Mohamad Azreen
Ciptaan 2009 (ibnyahya)

Malang ….(4x)
Malang bermula disini
Bersinar hilang bersinar
Menghilang entah kemana
Dibawa arus sambayu..
Suka gelak ketawa
Duka meronta ronta
Menjadi tak mengena
Pada sang malang derita ..

Malang…. (4x)

Menghilang entah kemana
Cinta dan cita-cita
Impian harapan mulia
Keresahan dunia semata…
Malang bermula disini
Dunia mainan terleka
Menyesatkan hati yang lara
Bersabar menghadapinya..
By IBNYAHYA (DOT) NET - Memburu Cinta Ilahi | Mac 07, 2011 | Posted in | With 0 comments

Allah SWT telah memerintahkan seorang Malaikat berjumpa Iblis supaya dia berjumpa dengan Rasulullah saw untuk memberitahu segala rahsianya; samada yang disukai mahupun yang dibencinya. Hikmatnya ialah untuk meninggikan darjat Nabi Muhammad saw dan juga sebagai peringatan dan perisai kepada umat manusia.

Maka Malaikat itu pun berjumpa Iblis dan berkata,

"Hai Iblis! Bahawa Allah Yang Maha Mulia dan Maha Besar menyuruh engkau menghadap ke hadrat Rasullullah saw. Hendaklah engkau buka segala rahsia engkau dan apa-apa yang disoal oleh Rasulullah hendaklah engkau jawab dengan sebenar-benarnya. Jikalau engkau berdusta walau satu perkataan pun, nescaya akan diputuskan segala suku-suku anggota badanmu, uratmu serta disiksa dengan azab yang amat keras."

Demi mendengar sahaja kata Malaikat yang dahsyat itu, Iblis sangat ketakutan. Maka segeralah dia menghadap Rasulullah saw dengan menyamar sebagai seorang tua yang buta sebelah matanya dan berjanggut putih 10 helai; panjangnya seperti ekor lembu. Iblis pun memberi salam, sehingga 3 kali tidak juga dijawab oleh Rasulullah saw. Maka sembah Iblis (alaihi laknat),

"Ya Rasulullah! Mengapa tuan hamba tidak mejawab salam hamba? Bukankah salam itu sangat mulia di sisi Allah?"

Maka jawab Nabi dengan marah,

"Hai Aduwullah seteru Allah! Kepada aku engkau menunjuk baikmu? Jangan engkau cuba hendak tipu aku sebagaimana engkau tipu Nabi Adam a.s sehingga keluar dari syurga, Habil mati teraniaya dibunuh Qabil dengan sebab hasutan engkau, Nabi Ayub engkau tiup dengan asap racun ketika dia sedang sujud sembahyang hingga dia sengsara beberapa lama, kisah Nabi Daud dengan perempuan Urya, Nabi Sulaiman meninggalkan kerajaannya kerana engkau menyamar sebagai isterinya dan begitu juga beberapa Anbiya dan pendita yang telah menanggung sengsara akibat hasutan engkau. Hai Iblis! Sebenarnya salam itu sangat mulia di sisi Allah azza wajalla, cuma salam engkau saja aku tidak hendak menjawabnya kerana diharamkan Allah. Maka aku kenal baik-baik engkaulah Iblis, raja segala iblis, syaitan dan jin yang menyamar diri. Apa kehendak engkau datang berjumpa aku?"

Sembah Iblis,

"Ya Nabi Allah! Janganlah tuan hamba marah. Kerana tuan adalah Khatamul Anbiya maka tuan dapat kenal akan hamba. Kedatangan hamba adalah disuruh Allah untuk memberitahu segala tipu daya hamba terhadap umat tuan dari zaman Nabi Adam hingga akhir zaman. Ya Nabi Allah! Setiap apa yang tuan tanya hamba sedia menerangkan satu persatu dengan sebenarnya, tiadalah hamba berani sembunyikan."

Maka Iblis pun bersumpah menyebut nama Allah dan berkata,

"Ya Rasulullah! Sekiranya hamba berdusta barang sepatah pun nescaya hancur leburlah badan hamba menjadi abu."

Apabila mendengar sumpah Iblis itu, Nabi pun tersenyum dan berkata dalam hatinya, inilah satu peluang aku untuk menyiasat segala perbuatannya agar didengar oleh sekelian sahabat yang ada di majlis ini dan menjadi perisai kepada sekelian umatku.

Soalan Nabi (1):

"Hai Iblis! Siapakah sebesar-besar musuh engkau dan bagaimana aku terhadap engkau?"

Jawab Iblis:

"Ya Nabi Allah! Tuanlah musuh hamba yang paling besar di antara segala musuh hamba di muka bumi ini."

Maka Nabi pun memandang muka Iblis, dan Iblis pun mengeletar kerana ketakutan. Sambung Iblis,

"Ya Khatamul Anbiya! Ada pun hamba dapat merupakan diri hamba seperti sekelian manusia, binatang dan lain-lain hingga rupa dan suara pun tidak salah sepertinya, kecuali diri tuan sahaja yang tidak dapat hamba tiru kerana ditegah oleh Allah. Kiranya hamba menyerupai diri tuan, maka terbakarlah diri hamba menjadi abu. Hamba cabutkan iktikad anak Adam supaya menjadi kafir kerana tuan berusaha memberi nasihat dan pengajaran supaya mereka kuat untuk memeluk agama Islam; begitu jugalah hamba berusaha menarik mereka kepada kafir, murtad atau munafik. Hamba akan tarik sekelian umat Islam dari jalan benar kepada jalan yang salah supaya masuk ke dalam neraka dan kekal di dalamnya bersama hamba."

Soalan Nabi (2):

"Hai Iblis! Betapa perbuatanmu kepada makhluk Allah?"

Jawab Iblis:

"Adalah satu kemajuan bagi perempuan yang merenggangkan kedua pehanya kepada lelaki yang bukan suaminya, setengahnya hingga mengeluarkan benih yang salah sifatnya. Hamba goda segala manusia supaya meninggalkan sembahyang, leka dengan makan minum, berbuat durhaka, hamba lalaikan dengan harta benda daripada emas, perak dan permata, rumahnya, tanahnya, ladangnya supaya hasilnya dibelanjakan ke jalan haram. Demikian juga ketika temasya yang bercampur lelaki perempuan. Di situ hamba lepaskan sebesar-besar godaan supaya hilang maruah dan minum arak. Apabila terminum arak itu maka hilanglah akal, fikiran dan malunya. Lalu hamba hulurkan tali cinta dan terbukalah beberapa pintu maksiat yang besar, datang perasaan hasad dengki hingga kepada pekerjaan zina. Apabila terjadi kasih antara mereka, terpaksalah mereka mencari wang hingga menjadi penipu, peminjam dan pencuri. Apabila mereka teringat akan salah mereka lalu hendak bertaubat atau amal ibadat, hamba akan galang mereka supaya mereka menangguhkannya. Bertambah keras hamba goda supaya menambahkan maksiat dan mengambil isteri orang. Bila kena goda hatinya, datanglah rasa riak, takbur, megah, sombong dan melengahkan amalnya. Bila pada lidahnya, mereka akan gemar berdusta, mencela dan mengumpat. Demikianlah hamba goda mereka setiap saat."

Soalan Nabi (3):

"Hai Iblis! Mengapa engkau bersusah payah dan berpenat melakukan pekerjaan yang tidak mendatangkan faedah bahkan menambahkan laknat yang besar serta siksa yang besar di neraka yang paling bawah? Hai kutuk Allah! Siapa yang menjadikan engkau? Siapa yang melanjutkan usia engkau? Siapa yang menerangkan mata engkau? Siapa yang memberi pendengaran engkau? Siapa yang memberi kekuatan anggota badan engkau?"

Jawab Iblis:

"Sekelian itu adalah anugerah daripada Tuhan Yang Maha Besar juga. Tetapi hawa nafsu dan takbur menceburkan hamba menjadi sebesar-besar jahat. Tuan lebih tahu bahawa hamba telah beribu-ribu tahun menjadi ketua kepada sekelian Malaikat dan pangkat hamba telah dinaikkan dari satu langit ke satu langit yang tinggi. Kemudian hamba tinggal di dunia ini beribadat bersama sekelian Malaikat beberapa lama. Tiba-tiba datang firman Allah SWT hendak menjadikan seorang Khalifah di dunia ini, maka hamba pun membantah. Lalu Allah mencipta lelaki (Nabi Adam) lalu dititahkan sekelian Malaikat memberi hormat kepada lelaki itu, kecuali hamba yang ingkar. Oleh itu Allah murka kepada hamba dan muka hamba yang cantik molek dan bercahaya itu bertukar menjadi keji dan hodoh. Hamba berasa sakit hati.

Kemudian Allah menjadikan Adam raja di syurga dan dikurniakan seorang permaisuri (Siti Hawa) yang memerintah sekelian bidadari. Hamba bertambah dengki dan berdendam kepada mereka. Akhirnya dapat juga hamba tipu melalui Siti Hawa yang menyuruh Adam memakan buah -(buah ini tiada bernama), lalu keduanya dihalau dari syurga ke dunia. Kedua mereka berpisah beberapa tahun dan kemudian dipertemukan Allah (di Padang Arafah), hingga mereka mendapat beberapa orang anak.

Kemudian kami hasut anak lelakinya Qabil supaya membunuh saudaranya Habil. Itu pun hamba masih tidak puas hati dan berbagai tipu daya hamba lakukan hingga Hari Kiamat.

Sebelum tuan lahir ke dunia, hamba serta bala tentera hamba dengan mudah dapat naik ke langit untuk mencuri segala rahsia serta tulisan yang menyuruh manusia berbuat ibadat serta balasan pahala dan syurga mereka. Kemudian hamba turun ke dunia, dan memberitahu manusia yang lain daripada apa yang sebenarnya hamba dapat, dengan berbagai tipu daya hingga tersesat dengan berbagai kitab bidaah dan karut-marut. Tetapi apabila tuan lahir sahaja ke dunia ini, maka hamba tidak dibenarkan oleh Allah untuk naik ke langit serta mencuri rahsia, kerana banyak Malaikat yang menjaga di setiap lapisan pintu langit. Jika hamba berkeras juga hendak naik, maka Malaikat akan melontar dengan anak panah daripada api yang menyala. Sudah banyak bala tentera hamba yang terkena lontaran Malaikat itu dan semuanya terbakar menjadi abu. Maka besarlah kesusahan hamba dan tentera hamba untuk menjalankan tugas hasutan."

Soalan Nabi (4):

"Hai Iblis! Apakah yang pertama engkau tipu akan manusia?"

Jawab Iblis:

"Pertama sekali hamba palingkan iktikadnya, imannya kepada kafir sama ada dari segi perbuatan, perkataan, kelakuan atau hatinya. Jika tidak berjaya juga, hamba akan tarik dengan cara mengurangkan pahala. Lama-kelamaan mereka akan terjerumus mengikut kemahuan jalan hamba"

Soalan Nabi (5):

"Hai Iblis! Jika umatku sembahyang kerana Allah, bagaimana hal engkau?"

Jawab Iblis:

"Sebesar-besar kesusahan kepada hamba. Gementarlah badan hamba dan lemah tulang sendi hamba. Maka hamba kerahkan berpuluh-puluh iblis datang menggoda seorang manusia, pada setiap anggota badannya. Setengah-setengahnya datang pada setiap anggota badannya supaya malas sembahyang, was-was, terlupa bilangan rakaatnya, bimbang pada pekerjaan dunia yang ditinggalkannya, sentiasa hendak cepat habis solat, hilangkan khusyuknya - matanya sentiasa menjeling ke kiri kanan, telinganya sentiasa mendengar orang bercakap serta bunyi-bunyi yang lain. Setengah Iblis duduk di belakang badan orang yang sembahyang itu supaya dia tidak kuasa sujud lama-lama, penat atau duduk tahiyat dan dalam hatinya sentiasa hendak cepat habis sembahyang, itu semua membawa kepada kurang pahala. Jika para Iblis itu tidak dapat menggoda manusia itu, maka hamba sendiri akan menghukum mereka dengan seberat-berat hukuman."

Soalan Nabi (6):

"Jika umatku membaca Al-Quran kerana Allah, apalah rasa engkau?"

Jawab Iblis:

"Jika mereka membaca Al-Quran kerana Allah, maka rasa terbakarlah tubuh hamba, putus-putus segala urat hamba lalu hamba lari daripadanya."

Soalan Nabi (7):

"Jika umatku mengerjakan haji kerana Allah, bagaimana rasa engkau?"

Jawab Iblis:

"Binasalah diri hamba, gugurlah daging dan tulang hamba kerana mereka telah mencukupkan rukun Islamnya."

Soalan Nabi (8):

"Jika umatku berpuasa kerana Allah, bagaimana hal engkau?"

Jawab Iblis:

"Ya Rasulullah! Inilah bencana yang paling besar bahayanya kepada hamba. Apabila masuk awal bulan Ramadhan, maka memancarlah cahaya Arasy dan Kursi, bahkan sekelian Malaikat menyambut dengan kesukaan.

Bagi orang yang berpuasa, Allah akan mengampunkan segala dosa yang lalu dan digantikan dengan pahala yang amat besar serta tidak dicatatkan dosanya selama dia berpuasa.

Yang menhancurkan hati hamba ialah segala isi langit dan bumi; yakni Malaikat, bulan, bintang, burung dan ikan-ikan semuanya siang malam mendoakan keampunan orang yang berpuasa.

Satu lagi kemuliaan orang berpuasa ialah dimerdekakan pada setiap masa dari azab neraka. Bahkan semua pintu neraka ditutup manakala semua pintu syurga dibuka seluas-luasnya, serta dihembuskan angin dari bawah Arasy yang bernama Angin Syirah yang amat lembut ke dalam syurga.

Pada hari umat tuan mula berpuasa, dengan perintah Allah datanglah sekelian Malaikat dengan garangnya menangkap hamba dan tentera hamba; jin, syaitan dan ifrit lalu dipasung kaki dan tangan dengan besi panas dan dirantai serta dimasukkan ke bawah bumi yang amat dalam. Di sana pula beberapa azab yang lain telah menunggu kami."

"Setelah habis umat tuan berpuasa barulah hamba dilepaskan dengan amaran agar tidak mengganggu umat tuan. Umat tuan sendiri telah merasa ketenangan berpuasa seperti mana mereka bekerja dan bersahur seorang diri di tengah malam tanpa rasa takut berbanding bulan biasa."

Soalan Nabi (9):

"Hai Iblis! Bagaimana sekelian sahabatku kepada engkau?"

Jawab Iblis:

"Sekelian sahabat tuan hamba juga adalah sebesar - besar seteru hamba. Tiada upaya hamba melawannya dan tiada satu tipu daya yang dapat masuk kepada mereka. Kerana tuan sendiri telah berkata yang,

"Sekelian sahabatku adalah seperti bintang di langit, jika kamu mengikut mereka, maka kamu akan mendapat petunjuk."

Saidina Abu Bakar al-Siddiq sebelum bersama tuan lagi, hamba tidak dapat hampir kepadanya, inikan pula setelah berdamping dengan tuan. Beliau begitu percaya atas kebenaran tuan hingga dia menjadi wazirul a'zam. Bahkan tuan sendiri telah mengatakan jika ditimbang sekelian isi dunia ini dengan amal kebajikan Abu Bakar, maka akan lebih berat amal kebajikan Abu Bakar. Tambahan pula dia telah menjadi mertua tuan kerana tuan berkahwin dengan anaknya, Saiyidatina Aisyah yang juga banyak menghafaz Hadis tuan. Saidina Umar Al-Khattab pula tidaklah berani hamba pandang akan wajahnya kerana dia sangat keras menjalankan hukum syariat Islam dengan saksama. Jika hamba pandang wajahnya, maka gementarlah segala tulang sendi hamba kerana sangat takut. Ini kerana imannya sangat kuat apalagi tuan telah mengatakan,

"JIKALAU adanya Nabi sesudah aku maka Umar boleh menggantikan aku",

kerana dia adalah orang harapan tuan serta pandai membezakan antara kafir dan Islam hingga digelar 'Al-Faruq'. Saidina Usman Al-Affan lagi hamba tidak boleh hampir, kerana lidahnya sentiasa bergerak membaca Al-Quran. Dia penghulu orang sabar, penghulu orang mati syahid dan menjadi menantu tuan sebanyak dua kali. Kerana taatnya, banyak Malaikat datang melawat dan memberi hormat kepadanya kerana Malaikat itu sangat malu kepadanya hingga tuan mengatakan,

"Barang siapa menulis Bismillahir rahmanir rahim pada kitab atau kertas-kertas dengan dakwat merah, nescaya mendapat pahala seperti pahala Usman mati syahid."

Saidina Ali Abi Talib pun itu hamba sangat takut kerana hebatnya dan gagahnya dia di medan perang, tetapi sangat bersopan, alim orangnya. Jika iblis, syaitan dan jin memandang beliau, maka terbakarlah kedua mata mereka kerana dia sangat kuat beribadat serta beliau adalah budak pertama memeluk agama Islam dan tidak pernah menundukkan kepalanya kepada sebarang berhala. Digelar 'Ali Karamullahu Wajhahu' - dimuliakan Allah akan wajahnya dan juga 'Harimau Allah' dan tuan sendiri berkata,

"Akulah negeri segala ilmu dan Ali itu pintunya."

Tambahan pula dia menjadi menantu kepada tuan, lagilah hamba ngeri kepadanya."

Soalan Nabi (10):

"Bagaimana tipu daya engkau kepada umatku?"

Jawab Iblis:

"Umat tuan itu ada tiga macam. Yang pertama seperti hujan dari langit yang menghidupkan segala tumbuhan iaitu ulama yang memberi nasihat kepada manusia supaya mengerjakan perintah Allah serta meninggalkan laranganNya seperti kata Jibrail a.s,

"Ulama itu adalah pelita dunia dan pelita akhirat."

Yang kedua umat tuan seperti tanah iaitu orang yang sabar, syukur dan redha dengan kurniaan Allah. Berbuat amal soleh, tawakal dan kebajikan. Yang ketiga umat tuan seperti Firaun; terlampau tamak dengan harta dunia serta dihilangkan amal akhirat. Maka hamba pun sukacita lalu masuk ke dalam badannya, hamba putarkan hatinya ke lautan derhaka dan hamba hela ke mana sahaja mengikut kehendak hamba. Jadi dia sentiasa bimbang kepada dunia dan tidak hendak menuntut ilmu, tiada masa beramal ibadat, tidak hendak mengeluarkan zakat, miskin hendak beribadat. Lalu hamba godanya minta kaya dulu, dan apabila diizinkan Allah dia menjadi kaya, maka dilupakan beramal, tidak berzakat seperti Qarun yang tenggelam dengan istana mahligainya. Bila umat tuan terkena penyakit tidak sabar dan tamak, dia sentiasa bimbang akan hartanya dan setengahnya asyik hendak merebut dunia harta, cakap besar sesama Islam, benci dan menghina kepada yang miskin, membelanjakan hartanya untuk jalan maksiat, tempat judi dan perempuan lacur."

Soalan Nabi (11):

"Siapa yang serupa dengan engkau?"

Jawab Iblis:

"Orang yang meringankan syariat tuan hamba dan membenci orang belajar agama Islam."

Soalan Nabi (12):

"Siapa yang mencahayakan muka engkau?"

Jawab Iblis:

"Orang yang berdosa, bersumpah bohong, saksi palsu, pemungkir janji."

Soalan Nabi (13):

"Apakah rahsia engkau kepada umatku?"

Jawab Iblis:

"Jika seorang Islam pergi buang air besar serta tidak membaca doa pelindung syaitan, maka hamba gosok-gosokkan najisnya sendiri ke badannya tanpa dia sedari."

Soalan Nabi (14):

"Jika umatku bersatu dengan isterinya, bagaimana hal engkau?"

Jawab Iblis:

"Jika umat tuan hendak bersetubuh dengan isterinya serta membaca doa pelindung syaitan, maka larilah hamba dari mereka. Jika tidak hamba akan bersetubuh dahulu dengan isterinya, dan bercampurlah benih hamba dengan benih isterinya. Jika menjadi anak maka anak itu akan gemar kepada pekerjaan maksiat, malas pada kebaikan, durhaka. Ini semua kerana kealpaan ibu bapanya sendiri. Begitu juga jika mereka makan tanpa membaca Bismillah, hamba yang dahulu makan daripadanya. Walaupun mereka makan, tiadalah rasa kenyang."

Soalan Nabi (15):

"Dengan jalan apa boleh menolak tipu daya engkau?"

Jawab Iblis:

"Jika dia berbuat dosa, maka dia kembali bertaubat kepada Allah, menangis kesal akan perbuatannya. Apabila marah segeralah mengambil air sembahyang, maka padamlah marahnya."

Soalan Nabi (16):

"Siapakah orang yang paling engkau lebih suka?"

Jawab Iblis:

"Lelaki dan perempuan yang tidak mencukur atau mencabut bulu ketiak atau bulu ari-ari (bulu kemaluan) selama 40 hari. Di situ lah hamba mengecilkan diri, bersarang, bergantung, berbuai seperti pijat pada bulu itu."

Soalan Nabi (17):

"Hai Iblis! Siapakah saudara engkau?"

Jawab Iblis:

"Orang yang tidur meniarap, orang yang matanya celik di waktu subuh tetapi menyambung tidur semula. Lalu hamba ulit dia lena hingga terbit fajar. Demikian jua pada waktu zohor, asar, maghrib dan isyak, hamba beratkan hatinya untuk solat."

Soalan Nabi (18):

"Apakah jalan yang membinasakan diri engkau?"

Jawab Iblis:

"Orang yang banyak menyebut nama Allah, bersedekah dengan tidak diketahui orang, banyak bertaubat, banyak tadarus Al-Quran dan solat tengah malam."

Soalan Nabi (19):

"Hai Iblis! Apakah yang memecahkan mata engkau?"

Jawab Iblis:

"Orang yang duduk di dalam masjid serta beriktikaf di dalamnya"

Soalan Nabi (20):

"Apa lagi yang memecahkan mata engkau?"

Jawab Iblis:

"Orang yang taat kepada kedua ibubapanya, mendengar kata mereka, membantu makan pakai mereka selama mereka hidup, kerana tuan telah bersabda,

"Syurga itu di bawah tapak kaki ibu " - © Saudara Maliki




By IBNYAHYA (DOT) NET - Memburu Cinta Ilahi | | Posted in | With 0 comments



1. Bulu kening - Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening - Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.

2. Kaki (tumit kaki) semacam hantu loceng - Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31. Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng……

3. Wangian - Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal kata orang sekarang hidong belang - Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.

4. Dada - Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.

5. Gigi - Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya - Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani, Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

6. Muka dan leher - Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.

7. Muka dan Tangan - Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja - Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.

8. Tangan - Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya - Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.

9. Mata - Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya - Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.

Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.

10. Mulut (suara) - Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik - Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.

Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi - Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.

11. Kemaluan - Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka - Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.

Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya - Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.

Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah - Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.

12. Pakaian - Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah.



Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.

Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim. Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.

Sumber : JAKIM








By IBNYAHYA (DOT) NET - Memburu Cinta Ilahi | Mac 05, 2011 | Posted in | With 0 comments
Kenanglah jasa ayah ibumu. Setiap saatnya diluangkan untukmu. Setiap geraknya adalah untuk membesarkanmu.Sesungguhnya mereka lah pertama hatiku.

SAMA - SAMA LAH HAYATI KLIP VIDEO INI !!





Kenanglah jasa ayah ibumu. Setiap saatnya diluangkan untukmu. Setiap geraknya adalah untuk membesarkanmu.Sesungguhnya mereka lah pertama hatiku..
By IBNYAHYA (DOT) NET - Memburu Cinta Ilahi | | Posted in | With 0 comments
1. Niat yang Kuat
Niat adalah pekerjaan hati, tidak terlihat secara dhohir namun sangat menentukan dalam semua aktifitas kerja/amal kita. Tanpa niat setiap pekerjaan akan berkurang nilainya bahkan tidak bernilai sama sekali.

2. Mengetahui Manfaatnya.
Ilmu itu sebelum amal, itu harus kita pegang. Yaitu mengetahui bagaimana Rasul saw memberi contoh kepada kita semua bagaimana cara beramal yang benar, dalam hal ini adalah membaca Al-Qur’an.


3. Waktu yang Terprogram
Dengan menentukan waktu kita telah berusaha untuk berbuat adil. Semua punya hak, orang tua, istri, anak, saudara, tetangga, mereka semua punya hak. Sehingga dengan menentukan waktu, kita bisa memberitahukan program kita dan meminta agar mereka mendukung program kita.


4. Tentukan Durasi Minimal
Kadang pada saat membaca Al-Qur’an sering muncul perasaan untuk segera mensudahi bacaan, padahal baru sebentar. Oleh karena itu tentukan waktunya, mau ½ jam atau 1 jam , atau lebih.


5. Ambil Posisi Membaca yang Enjoy
Perasaan penat dalam membaca Al-Qur’an bisa saja muncul kapan saja, satu tips nya adalah ubahlah posisi menbaca, kadang sehabih shalat kita membaca dengan posisi duduk, jika bosan gantilah dengan posisi duduk di atas kursi, atau pindah ke sudut yang lain, misal di teras masjid. Atau juga bisa duduk di bawah pohon dan lain sebagainya.


6. Berusahalah Menepati Waktu
Tepatilah waktu yang telah ditentukan, sekali lagi jangan kita mendholimi diri sendiri atau orang lain.

So, Berani…..? 1 Hari = 3 Juz…???