[ ]
Latest News Updates
By IBNYAHYA (DOT) NET - Memburu Cinta Ilahi | Mei 25, 2011 | Posted in | With 0 comments
25 Mei 2011M / 22 Jamadil Akhir 1432H
Mafraq, Jordan
6:27:AM

Bersambung kembali penulisan kita, sungguh alam terbentang luas indah dengan kicauan burung berterbangan dipagi hari, menjalar mencari penenang dihati diminda, berbalik kepada tajuk diatas mungkin saja setiap pembaca tak sabar-sabar nak tahu apakah yang dimaksudkan dengan penunggu itu, seperti yang kita tahu setiap sudut, kawasan, bangunan, ataupun sesuatu tempat dimana-mana saja pastinya mempunyai Sang Penunggu yang mistik yang menjaga kawasan tersebut. 

Begitu juga perkongsian penceritaan ana pada kali ini, akan mengunkap apakah dia yang sebenarnya..hehe.. (mood seram ! )




Bercakap saja tentang penunggu, pembaca mungkin dah tahu, tapi lain pula kisah ini, nak tahu??, Jom baca..Pada dasarnya mungkin tanggapan daripada kita tidak tahu bahwa orang Arab pun percaya kepada benda-benda tahyul mayul ini, ataupun perkara ghaib ini, seiring dengan perkembangan pengetahuan kita di Malaysia, Arab juga tidak ketinggalan dalam bab sebegini aneh bagi setiap golongan.

Bercakap pula bab penunggu ini, teringat pula ana pada Sang Penunggu di suatu kawasan lapang, kawasan itu penuh dengan bertebarannya sampah sarap yang melayang-layang, kadang kala nampaknya semacam padang pasir yang memang suatu tempat pembuangan sisa sampah terbuang, bukan niat nak memburukkan bumi Isyra', bumi Ambiya' ini, tapi sememang nya begitulah, hmmm... Apa yang nak dicakapkan tadi sememang nya penunggu itu selalu saja mengganggu ketenteraman awam, apabila saja melalui kawasan itu, sering saja akan berbunyi ngilauan..hiihaa.. suatu yang menakutkan bagi sesetengah mereka, maksud nya kalau orang berani, berjiwa semangat lebih, tak mengapalah, apa orang kata..kebal, walhal lain pula orang yang bernasib malang ini, sungguh memeritkan dan sungguh menyakitkan hati, " rasa nak bunuh saja makhluk tu"; kata sahabat baik ana yang berniat untuk membalas dendam, bukan apa, macam biasalah sedara/ri, apabila kemarahan ditahap memuncaknya, begitulah kita.

Sang Penunggu yang pastinya yang pembaca rindui ini, pastinya akan muncul dan menonjolkan dirinya kebiasaan pada musim Syita' (Sejuk) dan kebiasaannya sehinggalah menjengah masuk musim yang lain, musim Soifi (Panas). Haduhaii (penat keletihan memikirkan) , kisah Sang Penunggu ini telah berlangsung dengan jayanya di bumi Mafraq, berhampiran dengan kediaman kami yang bernama "Imarah Sakinah atau lebih dikenali oleh Pak Arab "Mujamma' Ilwan". 

Diantara laluan Utama kami juga lah,untuk ke Balad (Pekan Mafraq), makhluk yang pembaca tertanya-tanya ini adalah makhluk ciptaan Allah S.W.T iaitu Anjing..hehe .Sekali terkena sungguh terkesan lah juga. 

Masyarakat Arab sememangnya percaya perkara sebegini, ini ditambahkan pula bukti daripada sahabat baik yang menunjukkan klip video dari internet, bukan nak kata internet tak boleh percaya, semua tak betul, sedikit banyaknya pasti ada sumber yang benar apa yang dipaparkan. 

Sungguhpun begitu apa yang pasti benda sebegini jin, syaitan dan sebagainya semua adalah makhluk Allah S.W.T dan sememangnya ada dimana-mana, hanya kita saja tak mampu melihat dengan mata kasar atau pancaindera, menurut dalam pengajian ilmu tasawwuf, adalah benda - benda sebegini tergolong dalam bab Alam Ghaib, benda tak nampak dengan mata kasar.

Firman Allah :-

قَالَ إِنِّي أَعْلَمُ مَا لا تَعْلَمُونَ
Dimana Allah s.w.t menyatakan kepada malaikat bahawa “Aku lebih tahu apa yang kamu tidak tahu”. (Al-Baqarah)