[ ]
Latest News Updates
By IBNYAHYA (DOT) NET - Memburu Cinta Ilahi | Julai 30, 2011 | Posted in | With 0 comments

Apa harus kita lakukan ketika memilih membeli makanan di bazar Ramadan yang secara amnya tinggi kandungan lemak, gula dan garam? Pastikan dalam pinggan anda ada satu pilihan hidangan yang sihat. Contoh terbaik, murtabak dengan salad segar atau sayur stim yang berwarna warni. Selain waktu berbuka, konsep kawalan jumlah makanan juga boleh diamalkan dalam hidangan sahur. Untuk sahur, cuba lebihkan makanan yang kaya dengan protin. Bukan saja protin baik untuk membina otot tetapi juga apabila digabungkan dengan makanan tinggi serat, seseorang itu boleh bertahan lapar untuk jangka masa yang lebih lama. Sumber protin yang baik termasuk daging, ikan, ayam/itik, telur, kekacang, susu rendah lemak dan produk tenusu. Makanan yang tinggi kandungan serat pula termasuk roti bijirin penuh, bijirin gandum, buah-buahan, sayur-sayuran, beras perang, kacang/lentils. Untuk kedua-dua hidangan berbuka dan sahur, selain memfokus kepada lima kumpulan makanan utama, kita perlu mengambil kira manfaat kesihatan yang diberikan oleh makanan tertentu seperti makanan yang kaya Omega 3 (seperti ikan kembung, salmon & sardin) yang mampu memainkan peranan dalam merendahkan risiko penyakit kardiovaskular.









By IBNYAHYA (DOT) NET - Memburu Cinta Ilahi | | Posted in | With 0 comments
Beberapa tips dalam merebut pahala dan kelebihan malam Lailatul Qadr

1) Bersedia untuk merebutnya dari sekarang terutama disegi keyakinan, kesungguhan merebut peluang tahunan ini dan merancang kalender harian agar mengosongkan 10 malam-malam terakhir tersebut untuk tujuan itu semata-mata, tidak untuk kesibukan lain.

2) Memahami bahawa dimana jawatan, kedudukan dan kesibukan kita di dunia ini,tujuan utama manusia dijadikan ialah untuk beribadah kepada Allah swt dengan penuh keikhlasan, bersedia untuk “Hari (Akhirat) yang tiada gunanya lagi harta dan anak-anak, melainkan orang yang bertemu Allah dengan hati yang sejahtera” (Al-Quran)



3) Putuskan dari sekarang masjid mana yang akan kita gunakan untuk Iktikaf, siang dan malam, samada sebahagian atau 24 jam sehari. Pastikan AJK masjid tersebut memahami ibadah Iktikaf dan Qiyamullail 10 Malam terakhir agar tidak berlaku masalah pengurusan dengan mereka yang tidak memahaminya.


4) Dapatkan teman agar sama-sama dapat melakukan ibadah tersebut secara berjemaah.


5) Jika anda bekerja dibawah majikan, kenalpasti hari-hari yang akan dimohon cutiagar dapat lebih hari untuk beriktikaf di masjid. Jika anda tidak dapat mengambil cuti kerja, anda boleh cuba berktikaf di masjid sepenuhnya dalam cuti hujung minggu pada hari Sabtu 27/9/2011 dan Ahad 28/9/2011.


6) Jika anda seorang pelajar, cuba habiskan kerja-kerja rumah atau assignments dari sekarang agar tidak tertimbun pada 10 malam terakhir Ramadan. Beli tiket balik kampung lebih awal agar tidak disibukkan mencari tiket nanti.


7) Bersedia untuk Aidil Fitri lebih awal, sebelum 10 Malam Terakhir, agar kita tidak disibukkan nanti dengan membeli belah, memasang langsir, membuat kuih muih, menyiap atau menjahit pakaian Raya dan sebagainya seperti yang sering berlaku pada ramai orang yang kurang memahami dan menghayati kelebihan 10 malam terakhir Ramadan.


8) Memahami bahawa asas perubahan ke arah kebaikan pada seseorang bahkan pada sesebuah umat ialah pembaikan jIwa yang ada di dalam diri masing-masing. Madrasah 10 Malam Terakhir Ramadan yang bakal dilalui boleh turut membantu mencapai kearah perubahan tersebut.


Semoga Allah mengurniakan ketaqwaan kepada kita setelah menjalani ibadah di bulan Ramadan ini. Kita keluar darinya nanti dengan beroleh rahmah, keampunan dan selamat dari api neraka. Ameen. - Ibnyahya © 2011 Bedah Ilmiah




By IBNYAHYA (DOT) NET - Memburu Cinta Ilahi | Julai 15, 2011 | Posted in | With 0 comments


Pelajar yang mengamalkan cara belajar yang betul akan lebih mudah mencapai
kejayaan berbanding dengan pelajar yang belajar tanpa mengikut tatacara yang bersistem. Berikut ini disenaraikan sembilan kaedah belajar yang berkesan untuk membantu pelajar berhadapan dunia peperiksaan.


1) Tidak mensia-siakan biar pun seminit Seorang pelajar yang cemerlang menggunakan masa yang teruang, masa pertukaran kelas, masa menunggu kereta sewa, masa sebelum hidangan makanan. Mereka boleh membaca satu atau dua soalan objektif atau ulangkaji pelajaran yang telah mereka baca. 


2) Membawa buku ke mana sahaja mereka pergi Amalkan sikap membawa buku setiap ketika. Sikap ini bukan bermaksud kita mesti membaca buku tersebut. Kemungkinan diri anda tidak membaca apa-apa , tetapi ia memupuk jiwa bersungguh-sungguh dengan kewajipan terhadap pelajaran. Sikap ini membolehkan anda menyemai budaya belajar yang positif dan sikap bertanggungjawab terhadap pelajaran. 


3) Gunakan masa awal pagi Gunakan sepenuhnya masa awal pagi untuk mengulangkaji pelajaran yang anda lemah. Pupukan semangat belajar pada awal pagi biar pun anda tidak terasa mahu membaca. Usaha ini akan menyemai semangat yang kental terhadap pelajaran dan membolehkan anda mulakan hari tersebut dengan azam untuk berjaya. 


4) Buat nota ringkas Pelajar yang cemerlang sentiasa membuat nota ringkas. Nota tersebut adalah untuk membolehkan anda merujuk kembali apa yang telah anda baca. Ia tidak menjamin ingatan anda tetapi ia meningkatkan kuasa ingatan anda. Dengan adanya nota ringkas, ulangkaji sehari sebelum peperiksaan menjadi lebih mudah. 


5) Mengikut jadual sepenuhnya Aturkan masa untuk setiap aktiviti yang anda hendak lakukan pada hari tersebut. Patuhi jadual belajar anda tanpa syarat. Jangan ikut perasaan. Biar pun anda tidak suka belajar pada sesuatu masa, buka sahaj buku dan membacanya. Jika anda mempunyai disiplin yang kuat terhadap hidup, anda tidak akan lalai terhadap tanggung-jawab belajar. Pastikan anda peruntukkan masa untuk setiap mata pelajaran pada setiap hari jika anda mahu mencapai kegemilangan dalam semua mata pelajaran. 


6) Mencuba soalan tahun lalu Pelajar cemerlang memperuntukkan masa untuk menjawa contoh soalan setiap hari. Ini akan membiasakan dirinya dengan corak soalan yang sering keluar dalam peperiksaan dan bagaimana menjawabnya. Pelajar yang hanya begitu kepada buku teks tidak akan lulus dengan cemerlang kerana mereka tidak biasa dengan corak soalan peperiksaan. 


7) Ulang sebanyak kali yang boleh Setiap fakta yang dibaca akan terus diulang sebanyak yang mampu. Tidak ada had ulangan yang akn dilakukan, Selagi ada masa, anda boleh mengulangi apa yang telah dibaca biar pun anda sudah faham atau sudah mengingatinya. Semakin banyak anda membaca, semakin tinggi keyakinan diri anda untuk lulus dengan cemerlang. 


8) Sentiasa menanya kalau tidak faham Dekatkan diri dengan guru dan guna setiap kesempatan yang ada untuk menjawab kemusykilan anda. Biar pun anda sudah faham , anda masih boleh menanya. Ini akan menguatkan kefahaman dan ingatan anda. Anggapkan guru anda, kakak atau abang anda, kawan-kawan anda sebagai orang yang boleh membantu anda dalam hal ini.


9) Berikan penumpuan pada pelajaran yang lemah Jika anda lemah dalam bahasa Inggeris atau matematik, peruntukkan masa yang lebih untuk ulangkaji. Elakkan memilih mata pelajaran yang disukai dan abaikan mata pelajaran yang anda kurang suka. Buat tanda pada bahagian yang anda rasa perlu penumpuan lebih. Gunakan simbol dan lorekkan bahagian yang anda anggap penting. Jangan jadikan tidak faham, tidak ingat atau tidak pandai sebagai alasan untuk berhenti ulangkaji. - © 2011. http://zuariah-dpyik.blogspot.com/