[ ]
Latest News Updates
By IBNYAHYA (DOT) NET - Memburu Cinta Ilahi | Ogos 26, 2011 | Posted in | With 0 comments


Para peminat Facebook mestilah lebih berhati-hati untuk meluluskan permintaan sahabat baru menjadi teman anda di Facebook. Saya baru membaca satu post dari sebuah blog oleh Roger Thompson pengkaji bagi Syarikat Antivirus dan Sekuriti Internet AVG Technology. Beliau memperlihatkan beberapa imej bagaimana pegodam menemui cara mencipta halaman facebook untuk memperdaya pengguna dalam usaha menyebarkan spyware. 


Roger Thompson menjelaskan bahawa pengguna AVG's LinkScanner telah mula mengesan serangan spyware yang datangnya dari halaman Facebook. Apabila AVG memeriksa halaman berkenaan, ia mendapati bahawa profile Facebook menonjolkan beberapa gambar wanita yang sama tetapi memiliki nama yang berlainan untuk membezakan profile berkenaan. 

Setiap halaman mempunyai pautan kepada sesuatu yang disangka sebagai 'video' yang akan menjangkitkan komputer pengguna dengan spyware jika diklik. Serangan spyware kepada Facebook seiiring dengan peringatan FBI yang menjelaskan bertambahnya penjenayah siber yang memanfaatkan laman social networking untuk melancarkan serangan seperti menggunakan Facebook. 

Antara teknik yang popular digunakan oleh pengodam ialah menyamun akaun pengguna dan mengirim spam kepada mangsa yang kemudiannya mengarahkan mangsa pergi ke laman phishing dan menggunakan program malware dan antivirus untuk mengakses maklumat peribadi mangsa yang terdapat diprofil. Sila layari laman berikut untuk melihat muslihat pengodam.

By IBNYAHYA (DOT) NET - Memburu Cinta Ilahi | Ogos 25, 2011 | Posted in | With 0 comments






































(Abang Mohd Akhmal menerima cek RM3,000 dari Mohamad Sabu)
KUALA LUMPUR, 25 Ogos: Pelajar Malaysia yang sedang menuntut di Universiti Al Azhar, Mesir, Mohd Akhmal bin Ali @ Atan telah memenangi hadiah pertandingan mencipta kad raya PAS.

Beliau yang berasal dari Johor itu menerima hadiah wang tunai RM3,000 sebagai hadiah manakala kad raya ciptaannya telah dicetak oleh PAS sebagai kad rayanya tahun ini.


Hadiah itu diterima oleh abang beliau dalam majlis berbuka puasa yang diadakan 
di sebuah hotel di Kuala Lumpur malam tadi.
(Kad rekaan asal Mohd Akhmal yang menang hadiah pertama)

Hadiah disampaikan oleh Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu dengan 
diperhatikan oleh para kira-kira 100 tetamu majlis itu termasuk Datuk Seri Anwar 
Ibrahim dan Lim Kit Siang.

Hadiah kedua bernilai RM2,000 pula dimenangi oleh Mohd Ridzuan Abd Wahab, 
pelajar sebuah institut pendidikan guru yang berasal dari Terengganu.

Manakala hadiah ketiga pula dimenangi oleh Farid Al Athorraz bin Ahmad Radzi 
yang berasal dari Batu Gajah, Perak. Beliau membawa pulang wang tunai RM1,000.

Pertandingan yang bertemakan 'Bersatu ke Putrajaya' ini dianjurkan oleh Jabatan 
Pilihan Raya PAS (JPP) sebagai sebahagian dari kempen ke Putrajaya yang dianjurkannya.

Hampir 50 penyertaan diterima selepas iklan pertandingan ini disiarkan selama 
lima hari sahaja dan dalam Harakahdaily sahaja.

Sebanyak 200,000 keping kad raya telah dicetak berdasarkan ciptaan pemenang 
pertama itu dan akan diedarkan ke seluruh negara mulai hari ini.

Organ-organ dalam PAS yang berminat untuk mendapatkan kad raya ini untuk 
disampaikan kepad orang ramai boleh menghubungi perhubungan negeri 
masing-masing mulai hari ini.

Sempena majlis malam tadi, kira-kira 100 tetamu yang menyertai majlis 
berbuka PAS itu dihadiahkan sekeping kad raya itu.
By IBNYAHYA (DOT) NET - Memburu Cinta Ilahi | | Posted in | With 0 comments
Nik Mohamad Azreen
Mafraq, Jordan

Nik Mohamad Azreen Nik Yahya, University al-Bayt, Mafraq, Jordan

Ucapan: Salam Ramadhan Kareem dan AidilFitri, Maaf Zahir Batin buat keluarga di
Kg Pulau Melaka, Kelantan khas buat ayahanda Nik Yahya Raja Kadir dan ibunda 
Che Zainab Mat Ali, adik beradik, saudara mara, teman-teman seperjuangan, para 
penda'ie yang dicintai. Erti hidup pada memberi. Barakallafikum, jazakallahukhoir.
Sumber : bm.harakahdaily.net




    By IBNYAHYA (DOT) NET - Memburu Cinta Ilahi | Ogos 24, 2011 | Posted in | With 0 comments
    Dosa Tinggal Solat Lebih Besar Daripada Zina
    Pada satu senja yang lengang, kelihatan seorang wanita berjalan dalam keadaan terhuyung-hayang. Pakaiannya yang serba hitam menunjukkan dia dicengkam kesedihan manakala kerudungnya menutup rapat hampir seluruh wajahnya.


    Walaupun tidak bersolek atau memakai perhiasan lain di tubuhnya, kulitnya yang bersih, memiliki tubuh yang ramping dan rona wajah yang ayu, tetap tidak dapat menghapuskan kepedihan yang sedang membelenggu hidupnya.


    Dia melangkah perlahan-lahan mendekati rumah Nabi Musa a.s. Diketuknya pintu perlahan-lahan sambil mengucapkan salam. Apabila terdengar ucapan ‘silakan masuk’ dari dalam, wanita cantik itu melangkah masuk sambil kepalanya terus tertunduk.

    Air matanya berderai ketika dia berkata: “Wahai Nabi Allah, tolonglah saya, doakan saya supaya Tuhan berkenan mengampunkan dosa keji saya,” “Apakah dosamu wahai wanita ayu?” tanya Nabi Musa a.s. terkejut. “Saya takut mengatakannya,” jawab wanita cantik itu. “Katakanlah, jangan ragu-ragu,” desak Nabi Musa.


    Lalu wanita itu memulakan cerita, “Saya….telah berzina.” Kepala Nabi Musa terangkat, hatinya tersentak. Perempuan itu meneruskan, “Dari penzinaan itu, saya pun…. hamil. Setelah anak itu lahir, langsung saya…cekik lehernya sampai…mati,” cerita wanita itu sambil menangis sekuat-kuat hati.

    Mata Nabi Musa berapi-api dan dengan muka yang berang, dia mengherdik, “Perempuan jahat, nyah kamu dari sini! Supaya seksa Allah tidak jatuh ke dalam rumahku kerana perbuatanmu. Pergi!” teriak Nabi Musa sambil memalingkan muka kerana jijik.


    Mendengar herdikan itu, wanita itu pun segera bangun dan berlalu dengan hati yang hancur luluh. Ketika keluar dari rumah Nabi Musa, ratapannya amat memilukan. Dia terfikir ke mana lagi dia hendak mengadu kerana apabila seorang Nabi sudah menolaknya, bagaimana pula manusia lain bakal menerimanya? Terbayang betapa besar dosanya dan jahat perbuatannya.

    Tetapi dia tidak tahu bahawa sepeninggalannya, Malaikat Jibril turun berjumpa Nabi Musa. Lalu Jibril bertanya: “Mengapa engkau menolak seorang wanita yang hendak bertaubat dari dosanya? Tidakkah engkau tahu ada dosa yang lebih besar daripadanya?”


    Nabi Musa terperanjat. “Dosa apakah yang lebih besar dari kekejian wanita penzina dan pembunuh itu?” tanya Nabi Musa kepada Jibril. “Betulkah ada dosa yang lebih besar daripada perempuan yang  nista itu?” “Ada,” jawab Jibril dengan tegas. “Dosa apakah itu?” tanya Nabi Musa lagi. “Orang yang meninggalkan solat dengan sengaja dan tanpa menyesal. Orang itu dosanya lebih besardaripada seribu kali berzina.”

    Mendengar penjelasan itu, Nabi Musa kemudian memanggil wanita itu untuk menghadapnya semula. Dia mengangkat tangan dengan khusyuk untuk memohon ampunan kepada Allah S.W.T untuk wanita itu.

    Nabi Musa menyedari, orang yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja dan tanpa penyesalan adalah sama saja seperti berpendapat bahawa sembahyang itu tidak wajib dan tidak perlu ke atas dirinya. Bererti, dia seakan-akan menganggap remeh perintah Allah, bahkan seolah-olah menganggap Allah tiada hak untuk mengatur dan memerintah hambaNya.


    Sedangkan orang yang bertaubat dan menyesali dosanya dengan bersungguh-sungguh bererti masih mempunyai iman di dalam dada, yakin bahawa Allah S.W.T itu ada dan berada di jalan ketaatan kepadaNya. Itulah sebabnya Allah pasti mahu menerima taubatnya.
    By IBNYAHYA (DOT) NET - Memburu Cinta Ilahi | | Posted in | With 0 comments


    Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah Bukhari Che Muda berkata siaran pada Isnin hingga Khamis pula bermula pukul 12 tengah hari sehingga 6 pagi.Stesen TV berkonsepkan Islam, TV AlHijrah, akan bersiaran selama 24 jam setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad sepanjang Ramadan ini.
    Beliau berkata penambahan waktu siaran itu menjanjikan rancangan menarik termasuk pengisian mantap sepanjang Ramadan bagi membolehkan lebih ramai penonton menikmati rancangan yang terbaik.
    "Sempena Ramadan ini, TV AlHijrah akan menampilkan slot berkonsepkan Ramadan yang boleh mengajak penonton untuk beribadah," katanya pada satu persidangan media di sini, hari ini.
    Menurutnya antara rancangan menarik ialah Muhasabah Ramadan, Taddarus Al-Quran, Ramadan di Australia, Fattabiouni dan Resipi Umi.
    Bukhari berkata penjadualan rancangan televisyen itu dibuat dalam pelbagai genre selaras dengan slogan yang ditampilkan iaitu "Ramadan Satu Perjuangan".
    Walaupun baru berusia tujuh bulan, TV AlHijrah menyiarkan 70 peratus terbitan tempatan dan bakinya merupakan terbitan luar.
    _BERNAMA, Kuala Lumpur, 28 Julai 2011


    By IBNYAHYA (DOT) NET - Memburu Cinta Ilahi | Ogos 19, 2011 | Posted in | With 0 comments
      Salam Aidilfitri dari Perantauan 1432H Datang kembali !
      Lokasi Pengirim : Mafraq, Jordan 
      Penerima : Keluarga juga guru dan sahabat yang mengenali 
      Lokasi Penerima : Kota Bharu, Kelantan 

      Ucapan : 
      Di kesempatan ini, saya ingin ucapkan kepada keluarga tercinta Selamat menjalani Ibadah Puasa 1432H. kini sudah menghampir setahun kita berpisah bersama dari Bumi Malaysia dan bersempena Perantauan kali ini kami meraikannya dengan penuh bersemangat sekali pabila inilah kali pertama meraikan Ramadan di Luar Negara dan berkejauhan dari Keluarga. 

      Alangkah sedih dalam kegembiraan. Di harapkan keluarga di tanah air sekarang ini berada dalam sihat sejahtera dan warakah tak seberapa ini semoga dapat melepaskan kerinduan Ayah Mama dikampung. 

      Doakan saya disini agar dipermudahkan segala urusan. Akhir kalam Salam Ramadhan Kareem dan Aidilfitri Maaf Zahir Batin ! 

      Kapsyen Gambar : 
      Nik Mohd Syamim dan Nik Mohd Azreen dihadapan dalam pintu masuk bangunan utama Universiti kami, Universiti Al al-Bayt, Mafraq, Jordan.
    By IBNYAHYA (DOT) NET - Memburu Cinta Ilahi | Ogos 11, 2011 | Posted in | With 0 comments

    Restoran mamak zon bebas rokok PUTRAJAYA – Selepas mewartakan 26 kawasan larangan merokok, Kementerian Kesihatan kini berhasrat untuk memperluaskan kawasan larangan tersebut terhadap premis makanan pula meliputi restoran-restoran mamak dan ...kedai-kedai kopi di seluruh negara.Ketua Pengarahnya, Datuk Dr. Hasan Abdul Rahman berkata, pihaknya kini telah bersedia untuk melaksanakan penguatkuasaan itu sekiranya mendapat reaksi positif daripada semua lapisan masyarakat.Katanya, orang 


    awam perlu memberi restu kepada pihak kementerian untuk membolehkan kawasan terbabit diwartakan sebagai kawasan larangan merokok di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 Subperaturan 11(1) - Tempat-tempat Larangan Merokok.“Kita juga memerlukan maklum balas daripada persatuan-persatuan berkaitan bagi membolehkan pelaksanaan tersebut dijalankan serentak dengan kemahuan orang awam,” katanya ketika ditemui Kosmo! di pejabatnya di sini semalam.Menurut beliau, berdasarkan peruntukan sedia 

    ada, kementerian sentiasa mengalu-alukan pihak-pihak seperti syarikat dan pemilik kawasan-kawasan persendirian bekerjasama untuk mewujudkan zon larangan merokok.“Ada banyak syarikat besar mahu penguatkuasaan zon larangan merokok dilaksanakan di tempat atau kawasan mereka dan kita amat mengalu-alukan hasrat syarikat-syarikat ini,” katanya. - Kosmo
    By IBNYAHYA (DOT) NET - Memburu Cinta Ilahi | Ogos 06, 2011 | Posted in | With 0 comments

    RAMALLAH: Pegawai Palestin merancang untuk memulakan perarakan besar-besaran menentang penjajahan Israel di Tebing Barat pada 20 September depan, iaitu malam simbolik sebelum pengundian Pertubuhan Bangsa bangsa Bersatu (PBB) yang dijangka mengiktiraf kemerdekaan negara itu. Pegawai kanan Palestin, Yasser Abed Rabbo, berkata mereka berharap dapat menarik jutaan penduduk menyertai tunjuk perasaan kali pertama yang dirancang untuk diteruskan selepas itu.


    Ia satu rayuan kepada PBB bagi menunjukkan perjuangan rakyat Palestin dan untuk menjayakannya ia memerlukan jutaan rakyat,” katanya. Abed Rabbo berkata, perarakan oleh rakyat Palestin itu akan diadakan secara aman. Pegawai keselamatan Israel berulang kali menyuarakan kebimbangan tunjuk perasaan akan bertukar ganas. Ketua tentera Israel, Leftenan Jeneral Benny Gantz, memberi amaran jawatankuasa parlimen minggu ini kemungkinan berlaku konfrontasi September depan. Beliau berkata, tentera menjangkakan ribuan penduduk akan mengadakan protes secara aman menghala ke penempatan Israel atau kawasan Israel. © www.bharian.com.my