[ ]
Latest News Updates
By IBNYAHYA (DOT) NET - Memburu Cinta Ilahi | September 12, 2011 | Posted in | With 0 comments

MANUSIA takut kepada kucing mungkin kedengaran agak pelik. Tetapi sejarah membuktikan banyak lelaki yang dianggap ganas seperti Napoleon Bonaparte, Julius Caesar dan Hitler menderita akibat fobia terhadap kucing.






*TAKUT melampau terhadap kucing hakikatnya satu derita yang ditanggung oleh golongan ailurofobia.
*KEKEJAMAN terhadap haiwan seperti kucing tidak seharusnya berlaku kini.












Perasaan yang sama turut dialami oleh seorang lelaki di Kuala Lumpur yang hanya ingin dikenali sebagai Anan, 28.
Anan pernah membenci haiwan kesayangan Rasulullah s.a.w itu. Dia juga tidak menaruh rasa simpati tatkala berdepan dengan seekor kucing yang memerlukan bantuannya.
Baginya, kucing adalah binatang yang jahat dan menakutkan. Semua itu disebabkan peristiwa semasa kecil yang membuatkan dia trauma. Bagi mereka, haiwan kesayangan itu boleh bertukar menjadi mimpi ngeri.
“Sejak kecil lagi saya tidak menyukai kucing kerana ada insiden yang menakutkan saya,” tuturnya kepada Jurnal.
Menurut Anan, tiada kucing yang dibela di rumahnya. Dia hanya mengenali haiwan itu buat pertama kali sewaktu pulang ke rumah neneknya di kampung.
Pada mulanya Anan tidak gentar bermain-main dengan kucing neneknya sehinggalah pada hari dia berkongsi makanan ringan dengan haiwan itu.
“Saya memberinya makan makanan ringan itu tetapi ia seolah-olah tidak puas walaupun makanan itu sudah habis. Ia sebaliknya terus mengekori saya.
“Saya yang pada masa itu berumur kira-kira empat tahun mula berasa takut. Saiz kucing itu besar iaitu sehingga ke paras pinggang saya. Saya cuma terbayangkan kucing itu boleh menjadi ganas dengan menerkam dan membaham tubuh saya yang kecil,” kata Anan ketawa.
Fobia
Selepas peristiwa itu, Anan menjadi takut dengan kucing. Apabila ternampak sahaja haiwan itu, dia pasti cuba menjauhkan diri.
Dia merasakan haiwan itu ingin menyerangnya dengan gigi dan kukunya yang tajam. Melihat anak kucing bermain-main pada kaki orang dewasa pula boleh menyebabkan tubuh Anan menggigil kerana geli dan ketakutan.
Biarpun dia telah berusaha sedaya upaya untuk tidak terserempak dengan haiwan itu, ketenangan Anan sering juga diganggu ketika dia makan di warung.
“Sebenarnya saya tidak selesa makan di warung kerana di situ selalu ada kucing berkeliaran mencari makanan.
“Mereka sering merayu-rayu minta makanan hingga membuatkan saya naik geram. Saya rasa puas jika tidak memberinya makan.
“Saya juga akan marah melihat orang yang bukan saja memberinya makan bahkan menggosok-gosok tubuh kucing yang kotor itu seperti bermain dengan anak patung,” ujar Anan lagi yang menyifatkan dirinya sebagai ailurofobia iaitu fobia kepada kucing.
Bagaimanapun, beberapa kejadian telah menyebabkan dia berasa kesal sehingga ke hari ini.
Menurut Anan, dia pernah berlaku kejam terhadap haiwan itu. Dia menceritakan bagaimana dia hanya menyaksikan sahaja seekor anak kucing yang lemah kesejukan sewaktu hujan lebat.
“Ketika itu saya hendak pulang ke bilik hostel. Tiba-tiba saya ternampak seekor anak kucing berwarna kelabu yang kesejukan dalam hujan.
“Saya tidak berusaha langsung untuk menyelamatkannya bahkan membiarkannya terseksa begitu,” katanya. Ada nada penyesalan di sebalik getar suaranya.
Namun, persepsi Anan terhadap kucing berubah tatkala dia menikmati hidangan makan malam bersendirian di sebuah gerai di pinggir ibu kota.
Seperti biasa, gerai makanan yang dikunjungi Anan sentiasa dipenuhi kucing liar yang kurus dan kotor.
Ketika menikmati hidangan itu, seekor kucing jalanan telah melompat ke atas kerusi di sebelah tempat duduk Anan sambil mengiau dengan suara yang lembut meminta makanan.
“Pada mulanya saya tidak mengendahkan kucing itu sehinggalah mata saya memandang tepat pada raut wajahnya.
“Ketika bertentang mata dengan kucing hitam itu saya seperti dapat merasakan apa yang sedang ditanggung olehnya.
“Matanya yang bulat itu menyampaikan bahawa ia benar-benar memerlukan makanan dan itu yang membuatkan saya begitu kasihan.
“Saya tidak faham mengapa hati saya tersentuh. Mungkin Tuhan hendak memberi hidayah agar saya menyayangi sesama makhluk,” ujarnya.
Kata Anan, malam itu adalah kali pertama dia memberi makan kepada seekor kucing.
Malah, dia sempat menggelarkan kucing itu sebagai Itam kerana bulu kucing itu berwarna hitam.

Anak Kucing
Sewaktu dalam perjalanan pulang, fikirannya tidak keruan. Anan mula sedar bahawa dia tidak seharusnya membenci haiwan itu walaupun dia begitu fobia terhadapnya sebelum ini.
Semenjak hari itu, Anan akan berasa kasihan jika ternampak kucing jalanan.
Baru-baru ini, dia terserempak dengan sebuah kotak yang berisi empat ekor anak kucing yang dibuang orang.
“Saya bawa kucing itu balik ke rumah. Walaupun masih geli dan takut untuk menyentuhnya, saya percaya haiwan itu tidak akan menyerang saya.
“Saya bawa balik dan memberinya makan nasi berlaukkan ikan. Dengan bantuan adik saya, anak-anak kucing itu dibiarkan bermain-main di halaman rumah,” ujar Anan.
Namun, hayat kucing itu tidak panjang. Semua kucing itu didapati mati pada hari raya keempat yang baru lalu iaitu kira-kira seminggu selepas dia mengutip haiwan itu.
Jelas Anan, dia tidak mengetahui punca kucing tersebut mati serentak. Dia cuma mengandaikan ia mungkin disebabkan oleh keracunan kerana dibiarkan bermain di laman.
“Saya sempat merakamkan gambar kucing-kucing tersebut pada Aidilfitri lalu ketika mereka bermain-main di halaman rumah,” tuturnya.
Anan kini sedar bahawa dia tidak seharusnya membenci sesama makhluk. Biarpun takut dengan haiwan itu, dia tidak seharusnya berlaku zalim terhadapnya sebaliknya harus saling menyayangi.

Sumber : KOSMO
By IBNYAHYA (DOT) NET - Memburu Cinta Ilahi | September 06, 2011 | Posted in | With 0 comments





Selepas 16 tahun wang kertas RM20 diperkenalkan kembali oleh Bank Negara Malaysia. Ia merupakan sebahagian daripada siri wang kertas dan duit syiling terbaru yang bakal memasuki edarannya pada awal tahun depan. “Pengenalan semula wang kertas RM20 dalam siri matawang baru ini penting kerana ia berfungsi sebagai perantara yang menghubungkan jurang nilai antara RM10 dan RM50. Ini akan memudahkan pengguna membuat bayaran,” katanya dalam satu kenyataan kepada media pada Rabu. Gambar: Wang lama RM20
Wang kertas RM20 telah lama diperkenalkan sejak siri kedua pada tahun 1982 dan telah dihentikan pengeluarannya pada 1995.
Rekaannya menonjolkan hiasan tradisional Malaysia dan gambar ibu pejabat Bank Negara di muka bertentangannya.BNM sebelum ini mengumumkan bahawa satu siri reka bentuk baharu wang kertas dan duit syiling Malaysia akan berada dalam edaran pada awal 2012.Langkah itu dilakukan secara berkala dalam setiap tempoh 12 tahun. Reka bentuk mata wang siri baharu itu akan mengandungi ciri-ciri yang khusus bagi Malaysia, kata BNM dalam satu kenyataan pada Isnin.
Menurut kenyataan tersebut, siri wang kertas itu juga mempunyai ciri-ciri keselamatan yang lebih canggih sejajar dengan kemajuan teknologi wang kertas mutakhir ini.
Reka bentuk wang kertas siri ke-empat yang baharu itu adalah untuk wang kertas dalam denominasi RM1, RM5, RM10, RM20 dan RM100.
By IBNYAHYA (DOT) NET - Memburu Cinta Ilahi | | Posted in | With 0 comments






Berkapel dan Displin Dalam Bertunang

Terima kasih atas kesudian ustaz menjawab persoalan ini

1) Meluahkan hasrat secara berselindung tetapi boleh di fahami kepada pemuda tadi untuk membina "rumahtangga" bersama. Ia berdasarkan tindakan Khadijah yang menggunakan orang tengah, dan juga seorang wanita lain yang tanpa segan silu menyatakan hasratnya kepada baginda SAW. Imam Al-Bukhari di dalam sohihnya meletakkan satu bab bertajuk " Wanita mendedahkan / menawarkan dirinya kepada lelaki Soleh" (Rujuk Kitab Nikah); juga terdapat satu riwayat bahawa Anas r.a berkata di sisi anak perempuannya :

  1. Haram bersentuh, menyentuh satu sama lain.
  1. Haram ber"dating" dan berkapel tanpa disertai mahram yang thiqah.
  1. Haram berbicara dan bersembang dengan syahwat sama ada sms, phone, chat, mesengger.
  1. Awas fitnah masyarakat sekeliling.
  1. Awas fitnah dalam diri anda dan pasangan.
  1. Haram melihat kepada aurat masing-masing.
  1. Awas daripada bertukar gambar.
  1. Awas daripada hebahan umum sebelum di ijab kabul.
Sekian, Wallahu'alam.
 

Soalan

Saya telah berkenalan dengan seorang pemuda yang alim dan warak orangnya. Dia banyak memberi nasihat dan panduan agama kepada saya. Sejak berkenalan dengannya, saya telah banyak berubah. Saya mengikuti nasihatnya agar menutup aurat dengan sempurna dan tidak meninggalkan solat lima waktu. Saya dapat rasakan ada perasaan indah yang timbul dalam hati sanubari saya terhadapnya. Saya selalu berangan-angan agar dapat bersamanya sebagai suami isteri suatu hari nanti. Ustaz, apakah yang saya lakukan ini dalam keredaan Allah? Tidakkah saya berubah kerana pemuda tersebut, bukan sepenuhnya kerana Allah SWT? Bagaimana untuk memastikan agar saya sentiasa berada di landasan yang betul?

Jawapan

Tahniah, kerana bertemu dengan pemuda yang alim dan warak. Dalam hal yang melibatkan hubungan lelaki dan wanita, Islam cukup teliti dan sering dituduh sebagai ‘konservatif' dari kacamata barat. Hakikatnya, Allah maha bijaksana dan amat mengetahui baik dan buruk untuk manusia di dunia dan akhirat.
Justeru, jika dilihat dari apa yang telah meresapi hati saudari, bolehlah di katakan saudari sudah ‘jatuh hati' kepada si pemuda tadi serta memasang niat baik untuk mempersuamikannya. Sebagai manusia biasa, ia sememangnya satu niat dan perasan yang sukar di tolak. Bagaimanapun, saudari perlulah mengawal semua batasan perhubungan dengan pemuda tadi bagi mendapat keredhaan Allah. Tindakan berikut perlulah saudari lakukan :- 
Ertinya : "telah datang seorang wanita kepada Rasulullah SAW lalu menawarkan dirinya (untuk menjadi isteri baginda) ; berkatalah wanita itu : " Adakah dikau punyai hajat kepadaku? " ; maka anak perempuan Anas menyampuk : " Alangkah kurangnya malu si wanita itu dan amat malunya perbuatannya " ; maka Anas menjawab : " Dia lebih baik darimu, ia berkehendakkan Nabi SAW lalu menawarkan dirinya kepada baginda SAW" ( Sohih Al-Bukhari, 7/17 ).
Imam Ibn Hajar menegaskan tiada catatnya wanita menawarkan dirinya untuk menjadi isteri kepada seorang lelaki ( Fath al-Bari, 9/175 ).
Justeru, jangan terlalu terpengaruh kononnya orang wanita tidak boleh melamar si pemuda yang baik lagi warak. Teruskan hasrat dan jangan bertangguh dalam melakukan hal yang baik. Malah Khawlah bt Hakim adalah dari kalangan wanita yang menawarkan dirinya kepada Nabi SAW ( Sohih al-Bukhari, 7/15)
2) Saudari diizinkan untuk menjemput pemuda itu ke rumah saudari bagi memperkenalkannya kepada kedua Ibu bapa saudari. Syaratnya, mestilah dengan kewujudan ibu bapa atau ‘wali' lain di dalam majlis itu. Saudari dibenarkan untuk berada bersama di ruang tamu (dengan menutup aurat lengkap) dan tidak perlulah bersembunyi di dalam bilik. Ia berdasarkan hadith-hadith yang mengizinkan lelaki dan wanita yang berniat untuk kahwin, bagi mengenali dengan lebih dekat bakal pasangan masing-masing.
Antaranya dalilnya : "telah datang kepada Nabi SAW seorang lelaki lalu menceritakan bahawa ia ingin memperisterikan seorang wanita Ansar, maka Nabi bersabda : "Adakah kamu telah melihatnya? : "Belum jawabnya" ; Nabi menjawab :
Ertinya : "Pergilah kamu melihatnya kerana di mata wanita Ansar ada sesuatu (tanda)" ( Riwayat Muslim).
Juga pesan Nabi kepada Mughirah bin Syu'bah selepas mengetahui ia ingin meminang seorang wanita : " Pergilah melihatnya, sesungguhnya ia lebih menjamin berkekalannya - bagi menilai kesesuaian- (perkahwinan) kamu berdua" ( Riwayat Ahmad, At-Tirmidzi, Ibn Hibban ; Hasan menurut At-Tirmidzi no 1087, cet Maktabah al-Ma'arif ; Sohih menurut Albani ).
Perlu diingat bahawa melihat bukan hanya dengan mata, tetapi ia juga membawa maksud suatu meninjau sikap, budi bahasa, cara hidup dan apa-apa info yang dapat menambahkan ketepatan pemilihan pasangan (kecuali yang HARAM dibuat dan dilihat). (Fiqh as-sunnah, Sayyid Sabiq, 2/23 dengan tambahan, Nizom al-Usrah, Dr Muhd ‘Uqlah, 1/206)
3) Jangan bertangguh atau berhubung tanpa ikatan sah terlampau lama, ( Nizom al-Usrah, 1/216) kerana ia amat mudah membawa keapda yang haram. Perihal berangan-angan saudari tadi juga bukanlah sesuatu yang baik untuk diteruskan. Nabi SAW menyatakan :
Ertinya : " Tidak dilihat (penyelesaian) bagi dua orang yang cinta-mencintai kecuali NIKAH " ( Riwayat Ibn Majah, al-Hakim, sohih menurut al-Hakim, As-Suyuti , Al-Jami' As-Soghir, no 7361, 4/397 cet Jahabersa).
Syeikh Al-Munawi menegaskan ubat yang terbaik bagi pasangan yang sedang asyik bercinta dan kasih adalah Nikah ( Faidhul Qadir, 5/294)
4) Jangan menghebahkan kepada awam sekali mana belum di ijab kabulkan, kerana ikatan ‘janji untuk berkahwin' boleh membawa fitnah dengan mudah. Ia juga boleh terungkai dengan beberapa cabaran semasa pertunangan. ( Nizom al-Usrah Fil Islam, 1/214)
5) Jangan bertemu berdua-duaan di luar, sama ada di tempat terbuka atau tertutup, kecuali diiringi mahram lelaki yang telah dewasa dan mampu menilai baik buruk menurut Islam. Saya nyatakan begini kerana ramai juga mahram lelaki yang ‘merapu' dan tidak langsung punyai ilmu tentang batas hubungan lelaki wanita menurut Islam. Kehadiran orang seperti ini, akan membiarkan maksiat berlaku di antara dua insan tadi, oleh itu individu sepertinya tidak mencukupi syarat yang ditetapkan Islam. 
6) Mengurangkan komunikasi yang tidak berkenaan, serta mengawal isi kandungan perbincangan dari yang membawa syahwat. Mengetahui hati budi bakal pasangan menggunakan alatan media elektronik seperti email, surat dan sms lebih baik dari bercakap dalam banyak keadaan (kerana mendengar suara mudah menaikkan syahwat). Bagaimanapun, saya tidak menafikan email, surat dan sms juga boleh menaikkan syahwat, tetapi saya kira secara ‘verbal' lebih mudah.
7) Kerana perbicaraan adalah panjang dan dalil amat banyak, ringkasan perkara perlu ( semuanya menurut dalil al-Quran & Al-hadith) dijaga seperti berikut :-
Ingatlah wahai anak-anak muda sekalian, sebarang perilaku 'ringan-ringan' dan dosa yag dikerjakan dalam hubungan sewaktu pertunangan boleh memberikan serba ringkas gambaran bagaimana tingkah laku pasangan selepas berkahwin. Jika semasa berpacaran dia suka meraba-raba, demikian jugalah dia apabila sudah berkahwin kelak (kecuali sesudah dia bertaubat sebenar-benar taubat). Malangnya bukan dengan isteri atau suaminya selaku pasangannya yang halal, tetapi dengan individu lain sebagaimana tergamak dia melakukannya dengan isteri dan suaminya sebelum mereka kahwin. Baca lanjut di sini.
Sumber : zaharuddin.net







By IBNYAHYA (DOT) NET - Memburu Cinta Ilahi | September 05, 2011 | Posted in | With 0 comments
Dulu, kalau kita pergi ke Timur Tengah macam Jordan ni, kita nak pergi ke tempat sejarah nabi-nabi dan para rasul. Namun, pada masa akan datang mungkin perasan hilang tu akan hilang secara beransur-ansur (nak kiamat dah). Ini adalah kerana, pemerintah Arab kini sedang berlumba-lumba membina projek yang luar biasa sekali. Kali ni, raja Jordan memberi lampu hijau untuk menjalankan projek gergasi bernilai $1.5 billion iaitu Taman Tema Star Trek.

Taman tema ni akan dijana oleh teknologi hijau yang kurang menghasilkan karbon ke atmosfera. Taman tema ni berkeluasan 75 hektar bertempat di Aqaba. Terdiri daripada 17 zon hiburan dan satu hotel 4 bintang.Taman ni akan mengejutkan pengunjung yang datang dengan kecanggihan abad 23 pengalaman multi-sensor dengan visual tahap tinggi dan efek bunyi yang akan menyebabkan pengunjung rasa lebih real pada semua benda. Taman tema ni memang truely state-of-art.
Sumber : Inhabitat


By IBNYAHYA (DOT) NET - Memburu Cinta Ilahi | | Posted in | With 0 comments





KINCIR air atau Norias of Hama di Syria telah menjadi penghias lanskap Kota Hama Sejak Era Mamluk. Fungsi aslinya adalah untuk mengairi ladang pada abad ke-12 dan 13, namun kini Norias 
of Hama telah menjadi daya tarikan tersendiri bagi pelancong yang berkunjung ke Kota Hama

Selama Era Mamluk, pada pemerintahan Dinasti Ayyubiyah di akhir abad ke-12 dan awal abad ke-13, banyak noria (kincir air) telah diperbaiki dan diperbesar. Mamluk juga meningkatkan jumlah kincir air di kota. Pada suatu waktu, Kota Hama abad pertengahan berisi lebih dari 30 kincir air. Sekarang yang tersisa hanya 17 dan sudah tidak terpakai.
Roda noria mempunyai diameter sampai dengan 20 meter. Ini memungkinkannya melakukan sistem pengairan dengan cara kerja yang sedemikian rupa sehingga wilayah kota tertentu mendapat bekalan air.
Membolehkan kita menemukan dua noria berhampiran sungai, dekat benteng. Sementara di hulu dari pusat Bichriyat, ada empat noria. Sedangkan di hilir, kita akan menemukan noria terbesar iaitu al-Mohamadiyya, yang digunakan untuk memasukkan air ke Masjid Agung.
Seiring berkembangannya dunia pelancongan di Kota Hama, muncullah berbagai restoran dan kafe di sepanjang Sungai Orontes, tempat dimana kincir air  itu melakukan tugasnya. Beberapa kafe dan restoran tersebut menyajikan pandangan kincir air itu sebagai pelengkap waktu bersantap.
Ok, jika Anda berkunjung ke Syria, jangan lupa untuk berkunjung kesana.



By IBNYAHYA (DOT) NET - Memburu Cinta Ilahi | | Posted in | With 0 comments
Salah satu perkara yang menarik mengenai tanah air tercinta ini adalah Malaysia mempunyai kadar penembusan yang tinggi untuk penggunaan peranti mudah alih. Menyedari potensi pertumbuhan ini, Facebook kini telah membuka cawangan pejabat tempatan bagi membantu perniagaan di Malaysia.
Antara statistik menarik yang dikongsikan mereka termasuklah statistik pengguna Facebook di Malaysia. Dari 18 juta pengguna bulanan di Malaysia, 13 juta telah mengikuti (Like) halaman Facebook Pages. Malah 90% dari pengguna Facebook di Malaysia mengakses menggunakan peranti mudah-alih. Pengguna Facebook di Malaysia juga lebih suka meluangkan masa di Facebook berbanding menonton televisyen. Pengguna tempatan juga meluangkan masa sekitar 187 minit untuk menggunakan Facebook.
Facebook Malaysia - IMG_8928Facebook Malaysia - IMG_8934Facebook Malaysia - IMG_8935
Kesemua statistik diatas merupakan motivasi utama Facebook untuk bertapak di Malaysia. Pihak Facebook dalam berkongsi mengenai perancangan mereka untuk pasaran tempatan, turut menerangkan yang mereka akan membantu mengembangkan perniagaan tempatan dari segi pemasaran digital. Terdapat banyak jenama besar tempatan yang menggunakan Facebook sebagai saluran utama antaranya Honor Malaysia, Malaysia Airlines, 11Street dan juga Zawara.
Dengan pengumuman ini, Facebook juga akan turut menyediakan beberapa perkhidmatan tambahan untuk pasaran tempatan antaranya Facebook Blueprint iaitu kelas pembelajaran mengenai perkhidmatan yang disediakan Facebook dan juga Facebook At Work iaitu rangkaian media sosial untuk perusahaan yang telahpun digunakan oleh syarikat kejuruteraan IJM. Mungkin kita boleh lihat lebih banyak aktiviti dan kegiatan yang diadakan Facebook untuk pasaran tempatan.
Sumber : AMANZ