[ ]
Latest News Updates
Kontrol nutrisi pada Bulan Ramadan.
Julai 30, 2011 Posted by IBNYAHYA (DOT) NET - Memburu Cinta Ilahi


Apa harus kita lakukan ketika memilih membeli makanan di bazar Ramadan yang secara amnya tinggi kandungan lemak, gula dan garam? Pastikan dalam pinggan anda ada satu pilihan hidangan yang sihat. Contoh terbaik, murtabak dengan salad segar atau sayur stim yang berwarna warni. Selain waktu berbuka, konsep kawalan jumlah makanan juga boleh diamalkan dalam hidangan sahur. Untuk sahur, cuba lebihkan makanan yang kaya dengan protin. Bukan saja protin baik untuk membina otot tetapi juga apabila digabungkan dengan makanan tinggi serat, seseorang itu boleh bertahan lapar untuk jangka masa yang lebih lama. Sumber protin yang baik termasuk daging, ikan, ayam/itik, telur, kekacang, susu rendah lemak dan produk tenusu. Makanan yang tinggi kandungan serat pula termasuk roti bijirin penuh, bijirin gandum, buah-buahan, sayur-sayuran, beras perang, kacang/lentils. Untuk kedua-dua hidangan berbuka dan sahur, selain memfokus kepada lima kumpulan makanan utama, kita perlu mengambil kira manfaat kesihatan yang diberikan oleh makanan tertentu seperti makanan yang kaya Omega 3 (seperti ikan kembung, salmon & sardin) yang mampu memainkan peranan dalam merendahkan risiko penyakit kardiovaskular.









IBNYAHYA (DOT) NET - Memburu Cinta Ilahi

Thanks for your visit..!

0 ulasan for "Kontrol nutrisi pada Bulan Ramadan."

Catat Ulasan