By IBNYAHYA (DOT) NET - Memburu Cinta Ilahi | | Posted in
VIDEO
| With 0 comments
ADAB-ADAB BERMUSAFIR
Para
Musafir dinasihatkan untuk IKHLASKAN NIAT KERANA ALLAH, memelihara diri dari
pelbagai sikap Mazmumah, bertaubat dari segala perbuatan maksiat, meninggalkan
wasiat, memaafkan kesalahan insan lain.
Seterusnya
, apabila telah berada di atas kenderaan, pohonlah pada Allah dengan penuh
khusyuk dan tawadhu' :-
سبحان الذي سخر لنا هذا و ما كنا له مقرنين
. و إنا إلى ربنا لمنقلبون.اللهم إنا نسألك في سفرنا هذا البر و التقوى , و من
العمل ما ترضى , اللهم هون علينا سفرنا هذا , واطو عنا بعده , اللهم انت الصاحب في
السفر , والخليفة في الأهل , اللهم إني أعوذبك من وعثاء السفر , وكآبة المنظر , و
سوء المنقلب في المال و الأهل.
Apabila
kita mendaki tempat yang tinggi, kita diajar untuk bertakbir. Jika menuruninya
kita bertasbih.
Apabila kita sampai ke suatu tempat , kita
diajar untuk berdoa:
أعوذبك بكلمات الله التامات من شر ما خلق .
Rebutlah
peluang untuk memperbanyak berdoa sepanjang perjalanan, doakanlah kedua
ibu-bapa dan para Muslimin amnya atau apa sahaja. Ini berdasarkan hadith hasan
( melalui Imam Tirmizi dan Ibn Majah ) yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a
daripada Nabi Muhammad – berselawatlah ke atasnya –
" ثلاث دعوات مستجابات لا شك فيهن : دعوة المظلوم و دعوة
المسافر و دعوة الوالد على ولده "
" 3 ketika doa mustajab yang tidak diragukan lagi, doa
orang yang dizalimi, doa orang yang bermusafir dan doa bapa terhadap anaknya
"