[ ]
Latest News Updates
Memaparkan catatan dengan label Blog. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Blog. Papar semua catatan
By IBNYAHYA (DOT) NET - Memburu Cinta Ilahi | Mei 11, 2012 | Posted in | With 0 comments
1. Buat. Buat. Buat. Ramai orang ada idea bagus, tetapi tak buat. Nak berjaya, kena buat. Banyak bisnes besar, bermula kecil-kecilan.
2. Banyak bisnes gagal bukan kerana tak ada idea, tetapi idea terlalu banyak. Buat keputusan bisnes apa nak buat, kemudian tumpukan kepada bisnes tersebut.
3. Usah berhenti belajar. Belajarlah dari sesiapa sahaja. Usah pilih bulu untuk belajar. Orang di bawah kita pun banyak ilmu yang kita boleh ambil. Apabila kita berasa sudah cukup pandai, ketika itu kita menempah kegagalan.
4. Fokus kepada bisnes kita. Usah habis masa mengkritik dan mencari salah bisnes orang lain. Orang lain salah belum tentu kita betul.
5. Usah harap orang lain tolong bisnes kita. Kita usahawan, buat sendiri. Usahawan usah ada minda peminta sedekah.
6. Elakkan mudah rasa kecewa dan putus semangat. Dalam bisnes, ada masa naik, ada masa turun. Bawa bertenang.
7. Semua bisnes ada masalah. Ada orang gunakan istilah cabaran. Apa pun, usah fokus kepada masalah. Cari penyelesaian. Di penghujung terowong yang gelap, ada cahaya.
8. Belajar dari sesiapa sahaja, namun akhir sekali buat keputusan sendiri. Usahawan mesti berani mencanggahi sesiapa sahaja, termasuklah apa yang dikatakan mentor dan sifu itu.
9. Berhenti salahkan orang lain. Orang berjaya berikan hasil, orang gagal berikan alasan.
10. Sekiranya setiap kali anjing menyalak kita berhenti, maka lambatlah sampai ke destinasi. Biarkanlah suara sumbang memperlekeh apa yang kita lakukan. Kita jalan terus. Buktikan dia salah bukan dengan cakap-cakap, tetapi dengan menunjukkan hasil kejayaan.
Nota Editor :
Artikel ini merupakan hasil perkongsian daripada Tuan Norizan Bin Sharif. Follow beliau di Facebook.com
Disediakan Oleh  
By IBNYAHYA (DOT) NET - Memburu Cinta Ilahi | Ogos 25, 2011 | Posted in | With 0 comments
Nik Mohamad Azreen
Mafraq, Jordan

Nik Mohamad Azreen Nik Yahya, University al-Bayt, Mafraq, Jordan

Ucapan: Salam Ramadhan Kareem dan AidilFitri, Maaf Zahir Batin buat keluarga di
Kg Pulau Melaka, Kelantan khas buat ayahanda Nik Yahya Raja Kadir dan ibunda 
Che Zainab Mat Ali, adik beradik, saudara mara, teman-teman seperjuangan, para 
penda'ie yang dicintai. Erti hidup pada memberi. Barakallafikum, jazakallahukhoir.
Sumber : bm.harakahdaily.net




    By IBNYAHYA (DOT) NET - Memburu Cinta Ilahi | Ogos 19, 2011 | Posted in | With 0 comments
      Salam Aidilfitri dari Perantauan 1432H Datang kembali !
      Lokasi Pengirim : Mafraq, Jordan 
      Penerima : Keluarga juga guru dan sahabat yang mengenali 
      Lokasi Penerima : Kota Bharu, Kelantan 

      Ucapan : 
      Di kesempatan ini, saya ingin ucapkan kepada keluarga tercinta Selamat menjalani Ibadah Puasa 1432H. kini sudah menghampir setahun kita berpisah bersama dari Bumi Malaysia dan bersempena Perantauan kali ini kami meraikannya dengan penuh bersemangat sekali pabila inilah kali pertama meraikan Ramadan di Luar Negara dan berkejauhan dari Keluarga. 

      Alangkah sedih dalam kegembiraan. Di harapkan keluarga di tanah air sekarang ini berada dalam sihat sejahtera dan warakah tak seberapa ini semoga dapat melepaskan kerinduan Ayah Mama dikampung. 

      Doakan saya disini agar dipermudahkan segala urusan. Akhir kalam Salam Ramadhan Kareem dan Aidilfitri Maaf Zahir Batin ! 

      Kapsyen Gambar : 
      Nik Mohd Syamim dan Nik Mohd Azreen dihadapan dalam pintu masuk bangunan utama Universiti kami, Universiti Al al-Bayt, Mafraq, Jordan.
    By IBNYAHYA (DOT) NET - Memburu Cinta Ilahi | Mac 26, 2011 | Posted in | With 0 comments


    Saksikan Kisah Kejayaan: Sebuah cerita tentang seorang siswa istimewa yang belajar bahasa Inggeris di EF dan memenangi berbagai penghargaan dunia. Dimanapun beliau berada, Rusia,Cina,Indonesia ataupun di belahan dunia lainnya...


    SELAMAT MENONTON !

    Untuk Melihat Video Pengembaraan Masa Depan Klik Link Dibawah  :

    By IBNYAHYA (DOT) NET - Memburu Cinta Ilahi | September 03, 2010 | Posted in | With 0 comments


    JEMPUTAN KE MAJLIS KESYUKURAN SAYA,YANG AKAN MELANJUTKAN PENGAJIAN KE TIMUR TENGAH [AL-URDUN]  

    AKTIVITI : BERBUKA PUASA + SOLAT MAGHRIB + SOLAT HAJAT 
    TARIKH : 05 September 2010 bersamaan 26 Ramadan 1431 
    MASA : 07:00 ptg ( AHAD ) 
    TEMPAT : Kediaman kami di PULAU MELAKA LOT 191 KAMPUNG PULAU MELAKA, 16150 KOTA BHARU, KELANTAN. 

    Alhamdulillah proses pengajian saya ke Timur Tengah bagi lanjutan dalam BIDANG PENGAJIAN ISLAM,SYARIAH di AL ALBAYT UNIVERSITY MAFRAQ JORDAN telah mendapat lampu hijau dari pihak kedutaan disana.

    Selain itu bersyukur juga kehadrat ilahi kerana pengajian ini juga telah menjadi pilihan terbaik buat diri saya insyaallah bersama dengan sahabat saya yang lain.

    Insyaallah akan berangkat ke JORDAN pada hari raya ke-2 

    BERIKUT TARIKH dan MASA PENERBANGAN :-
    11/09/2010 KB ke KL (17 10) dan (18 05) 
    12/09/2010 KLIA ke Bahrain (10 40) dan (13 35) 
    13/09/2010 Bahrain ke Amman (09 50) dan (12 30) 

    Kepada semua yang mengenali diri saya, anda semua dijemput hadir ke kediaman saya bagi sama-sama memeriahkan lagi Majlis Kesyukuran tersebut. Diharapkan sinar kerahmatan terpancar kepada kalian semua insyaallah.

    BERSAMA MENGHIDUPKAN MALAM LAILATUL QADAR INSYAALLAH.
    By IBNYAHYA (DOT) NET - Memburu Cinta Ilahi | Ogos 24, 2010 | Posted in | With 1 comments
    Selamat berjuang ditujukan buat sahabat teman abadi yang sedang berjuang dijalan allah terutamanya...dalam mereka menggapai impian hakiki mereka selama ini...doa dan kiriman doa senantiasa terkirim oleh teman & akanku cintai mu sayangi mu walaupun dimana bumi ku pijak akan ku kenangi mu sampai bila-bila,persahabatan yg... utuh abadi x kan luntur walaupun dalam berjuang...SELAMAT BERJUANG WAHAI SAHABAT TEMAN ABADI KU SEMUA - akan ku rindui mu kelak nanti...
    Selamat berjuang kepada saudara member yang tengah berjuang dijalan allah swt...moga2 perjalanan kamu disinari nur kecemerlangan .....hari ni minggu mahasiswa mesir pergi meninggal kan bumi m'sia tercintai...esok lusa pula mahasiswa al-urdun pula kan pergi...HARAP IMPIAN MENJADI IMPIAN KENANGAN TERBAIK BUAT KITA SEMUA TERUTAMA NYA.. UNIVERSITI AL-ALBAYT MAFRAQ,JORDAN menanti ku sekian waktu ini... kuharap doa dan kiriman doa kan tidak terputus untuk aku dalam berjuang dijalan MU ya ALLAH yang ku cintai...ibubapa ku jua tempat ku dikala aku ingin luahkan isi hati yg hiba ini,hattan kerna dia memahami jiwa anak kelahiran mereka ini...

    LAGU KHAS INI AKU HADIAH KAN BUAT INSAN YG KU CINTAI SEPANJANG AKU BERADA DI PERANTAUAN NANTI,INILAH LUAHAN ISI HATI AKU YANG PERTAMA KALI BUAT INSAN YANG AKU SAYANGI,TANPA MEREKA INSAN INI TIDAK DAPAT BERTAHAN UTUH UNTUK BERTERBANGAN BEBAS KE ANGKASA ..WALAUPUN HATI JIWA BERDENTUM KENCANG TAKKALA GELISAH...IA DAPAT KU HALANGI ! LIRIKKU YANG PERTAMA :- ( khas buat mama & ayah tercinta ) (mereka tersayang & ahli keluarga ku jua ) 

    NMA - PERMATA HATI
    Lirik : Nik Mohamad Azreen Ibnyahya
    Aku mengerti hidup ini
    Mengapa ia bisa terjadi
    Menimbul rasa pahit dihati
    Keringat permata hati yang suci
    -
    Walaupun makhluk tiada mengerti
    Kan tercipta langkah yang suci
    Padamu suatu hari nanti
    Cahaya datang menyinari diri
    -
    Hidup yang ceria kan tiada lagi
    Pabila aku jauh disana
    Jiwa yang manja kan hidup berdikari
    Menjadi sebaik makhluk ilahi
    -
    Gelumang dosa bersama mu permata hati
    Dikala waktu usia muda
    Berputik hitam berbisa dikalbu
    Menjadi penghalang nur ilahi
    -
    Tiada lagi harapan yang dicari
    Selain redha dan cinta suci
    Pada mu permata hati yang suci
    Kerana diri mu amat bererti
    -
    Permata hati kan pergi
    Pabila usia malam sunyi
    Gementar jasad dialam ini
    Waktu itu azam tetap dikalbu..
    -
    [ lirik : nik mohamad azreen ibnyahya ]