[ ]
Latest News Updates
TValHijrah bersiaran 24JAM
Ogos 24, 2011 Posted by IBNYAHYA (DOT) NET - Memburu Cinta Ilahi



Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah Bukhari Che Muda berkata siaran pada Isnin hingga Khamis pula bermula pukul 12 tengah hari sehingga 6 pagi.Stesen TV berkonsepkan Islam, TV AlHijrah, akan bersiaran selama 24 jam setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad sepanjang Ramadan ini.
Beliau berkata penambahan waktu siaran itu menjanjikan rancangan menarik termasuk pengisian mantap sepanjang Ramadan bagi membolehkan lebih ramai penonton menikmati rancangan yang terbaik.
"Sempena Ramadan ini, TV AlHijrah akan menampilkan slot berkonsepkan Ramadan yang boleh mengajak penonton untuk beribadah," katanya pada satu persidangan media di sini, hari ini.
Menurutnya antara rancangan menarik ialah Muhasabah Ramadan, Taddarus Al-Quran, Ramadan di Australia, Fattabiouni dan Resipi Umi.
Bukhari berkata penjadualan rancangan televisyen itu dibuat dalam pelbagai genre selaras dengan slogan yang ditampilkan iaitu "Ramadan Satu Perjuangan".
Walaupun baru berusia tujuh bulan, TV AlHijrah menyiarkan 70 peratus terbitan tempatan dan bakinya merupakan terbitan luar.
_BERNAMA, Kuala Lumpur, 28 Julai 2011


IBNYAHYA (DOT) NET - Memburu Cinta Ilahi

Thanks for your visit..!

0 ulasan for "TValHijrah bersiaran 24JAM"

Catat Ulasan