[ ]
Latest News Updates
By IBNYAHYA (DOT) NET - Memburu Cinta Ilahi | Mei 11, 2012 | Posted in | With 0 comments
1. Buat. Buat. Buat. Ramai orang ada idea bagus, tetapi tak buat. Nak berjaya, kena buat. Banyak bisnes besar, bermula kecil-kecilan.
2. Banyak bisnes gagal bukan kerana tak ada idea, tetapi idea terlalu banyak. Buat keputusan bisnes apa nak buat, kemudian tumpukan kepada bisnes tersebut.
3. Usah berhenti belajar. Belajarlah dari sesiapa sahaja. Usah pilih bulu untuk belajar. Orang di bawah kita pun banyak ilmu yang kita boleh ambil. Apabila kita berasa sudah cukup pandai, ketika itu kita menempah kegagalan.
4. Fokus kepada bisnes kita. Usah habis masa mengkritik dan mencari salah bisnes orang lain. Orang lain salah belum tentu kita betul.
5. Usah harap orang lain tolong bisnes kita. Kita usahawan, buat sendiri. Usahawan usah ada minda peminta sedekah.
6. Elakkan mudah rasa kecewa dan putus semangat. Dalam bisnes, ada masa naik, ada masa turun. Bawa bertenang.
7. Semua bisnes ada masalah. Ada orang gunakan istilah cabaran. Apa pun, usah fokus kepada masalah. Cari penyelesaian. Di penghujung terowong yang gelap, ada cahaya.
8. Belajar dari sesiapa sahaja, namun akhir sekali buat keputusan sendiri. Usahawan mesti berani mencanggahi sesiapa sahaja, termasuklah apa yang dikatakan mentor dan sifu itu.
9. Berhenti salahkan orang lain. Orang berjaya berikan hasil, orang gagal berikan alasan.
10. Sekiranya setiap kali anjing menyalak kita berhenti, maka lambatlah sampai ke destinasi. Biarkanlah suara sumbang memperlekeh apa yang kita lakukan. Kita jalan terus. Buktikan dia salah bukan dengan cakap-cakap, tetapi dengan menunjukkan hasil kejayaan.
Nota Editor :
Artikel ini merupakan hasil perkongsian daripada Tuan Norizan Bin Sharif. Follow beliau di Facebook.com
Disediakan Oleh  
By IBNYAHYA (DOT) NET - Memburu Cinta Ilahi | | Posted in | With 0 comments


Disiarkan pada Feb 25, 2009 dalam kategori Fekah Wanita 


Soalan: Sejauh manakah pandangan Islam tentang pemakaian purdah dalam kalangan muslimat terutamanya di dalam masyarakat kita hari ini, yang majoritinya berpakaian menutup aurat mengikut `uruf dan adat kebiasaan. 

Jawapan :Persoalan memakai purdah atau yang disebut sebagai niqab bagi wanita adalah persoalan khilafiyyah yang diiktiraf. Maksudnya para `ulama berbeza pendapat mengenainya atas kaedah dan hujah yang diiktiraf untuk kedua-dua pihak. Ada di ulama kalangan yang mewajibkannya dengan menganggap wajah wanita adalah `aurat. Jumhur fuqaha’ (majoriti ulama fiqh) pula menganggap wajah wanita bukannya `aurat. Ini seperti yang disebut oleh al-Imam al-Nawawi di dalam kitabnya al-majmu’ , katanya: “Sesungguhnya `aurat wanita yang merdeka itu ialah seluruh badannya kecuali muka dan kedua tapak tangan. Inilah pendapat al-Imam al-Syafi`i, al-Imam Malik, al-Imam Abu Hanifah, al-Imam al-`Auza`i, al-Imam Abu Thaur dan lain-lain. Demikian juga dalam satu riwayat daripada pendapat al-Imam Ahmad” 

Di zaman ini, di kalangan ulama yang kuat menegaskan wajah wanita adalah `aurat antaranya al-Syeikh Ibn Baz r.h.dalam fatwa-fatwanya yang banyak, juga Dr. Sa`id Ramadhan al-Buthi dalam buku kecilnya “إلى كل فتاة تؤمن بالله” dan sebelum itu `Abu al-`Ala al-Maududi r.h dalam bukunya al-Hijab. Sementara yang menyatakan wajah wanita bukan `aurat adalah majoriti ulama semasa, antaranya Dr. Yusuf al-Qaradawi dalam bukunya “النقاب للمرأة المسلمة، بين القول ببدعيته، والقول بوجوبه” Al-Syeikh Nasir al-Din al-Albani r.h. dalam “جلباب المرأة السلمة في الكتاب والسنة dan selepas itu sebagai jawapan dan tambahan kepada kitab tersebut beliau menulis الرد المفحم. Demikian juga Muhammad al-Ghazali dalam banyak tempat dalam buku-bukunya. 

Alasan-alasan yang dibawa oleh jumhur ulama yang menyatakan wajah wanita muslimah bukannya `aurat adalah jelas dan nyata. Antaranya: 

a) Firman Allah dalam Surah al-Nur ayat 31 

وَلا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلاّ مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ 

Maksudnya: “Dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan (tubuh) mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka”. 

Berpandukan ayat ini pihak jumhur berhujah dengan dua perkara: 

Pertama: Jumhur menafsirkan maksud: ِإلاّ مَا ظَهَرَ مِنْهَا (maksudnya: kecuali yang zahir daripadanya) ialah wajah dan tapak tangan. Ini sama seperti yang ditafsirkan oleh Ibn `Abbas, Umm al-Mukminin`Aisyah, `Abdullah bin `Umar, Anas bin Malik, Abu Hurairah, al-Miswar bin Makhramah dan lain-lain. Sesiapa yang inginkan pendetilan mereka boleh melihat kitab-kitab tafsir, hadith dan fiqh ketika para `ulama menghuraikan ayat ini. Al-Syeikh al-Albani r.h. mendetilkan penbincangan ayat tersebut dalam kitabnya الرد المفحم membukti bahawa muka dan tapak tangan bukannya aurat bagi wanita muslimah dan beliau menyenaraikan riwayat para sahabah yang memegang pendapat ini. 

Kedua: ayat di atas menyatakan: 

وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ 

(maksudnya) “dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka”. Allah hanya memerintahkan agar ditutupجيوب iaitu jamak kepada جيب ataupun kita terjemahkan sebagai bahagian dada yang terdedah disebabkan belahan leher baju. Ini bermaksud wanita diperintahkan agar tudung kepala mereka dilabuhkan sehingga menutup bahagian dada yang terdedah kerana belahan leher baju. Ayat ini tidak langsung menyebut agar mereka menutup wajah mereka. Kalaulah wajah itu adalah `aurat, maka sudah pasti ayat ini akan turut memerintahkan agar mereka menutupnya juga. 

Oleh itu al-Imam Ibn Hazm al-Andalusi menyebut dalam al-Muhalla: “Ayat adalah dalil bahawa diharuskan membuka wajah, tidak mungkin sama sekali difahami selain dari itu” 

b) Firman Allah dalam Surah al-Ahzab, ayat 52 

لا يَحِلُّ لَكَ النِّسَاءُ مِنْ بَعْدُ وَلا أَنْ تَبَدَّلَ بِهِنَّ مِنْ أَزْوَاجٍ وَلَوْ أَعْجَبَكَ حُسْنُهُنَّ 

(maksudnya) “Tidak halal bagimu berkahwin dengan perempuan-perempuan yang lain sesudah (isteri-isterimu yang ada) itu, dan engkau juga tidak boleh menggantikan mereka dengan isteri-isteri yang baru sekalipun kecantikan mereka mengkagumkanmu, kecuali hamba-hamba perempuan yang engkau miliki. Dan (ingatlah) Allah sentiasa Mengawasi tiap-tiap sesuatu”. 

Ayat ini ditujukan kepada Nabi s.a.w.. Daripada ayat ini jelas bahawa para muslimat ketika zaman baginda s.a.w. tidak menutup wajah mereka, jika tidak bagaimana mungkin kecantikan mereka boleh menarik perhatian baginda. Ini tidak mungkin melainkan wajah mereka terbuka dan dapat dilihat. 

c) Di dalam sebuah hadith daripada Abu Kabsyah alAnmari, katanya: 

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ جَالِسًا فِي أَصْحَابِهِ فَدَخَلَ ثُمَّ خَرَجَ وَقَدِ اغْتَسَلَ فَقُلْنَا يَا رَسُولَ اللَّهِ قَدْ كَانَ شَيْءٌ قَالَ أَجَلْ مَرَّتْ بِي فُلانَةُ فَوَقَعَ فِي قَلْبِي شَهْوَةُ النِّسَاءِ فَأَتَيْتُ بَعْضَ أَزْوَاجِي فَأَصَبْتُهَا فَكَذَلِكَ فَافْعَلُوا فَإِنَّهُ مِنْ أَمَاثِلِ أَعْمَالِكُمْ إِتْيَانُ الْحَلالِ 

(Suatu ketika Rasulullah s.a.w. duduk bersama sahabat-sahabat baginda. Tiba-tiba baginda masuk (ke dalam rumah baginda), kemudian keluar dalam keadaan baginda sudah mandi. Kami pun bertanya: “Wahai Rasulullah! Apakah berlaku sesuatu?”. Jawab baginda: “Ya! Telah melintasi di hadapanku fulanah (perempuan tertentu yang dikenali), maka timbul dalam hatiku syahwat terhadap wanita, lantas aku pun mendatangi salah seorang dari isteriku dan menyetubuhinya. Demikianlah yang mesti kamu lakukan, kerana antara amalan kamu yang baik ialah mendatangi yang halal” (Riwayat Ahmad dan al-Tabarani di dalam الأوسط . Kata al-Albani dalam سلسلة الأحاديث الصحيحة sanad hadith ini hasan, bahkan lebih tinggi dari hasan إن شاء الله) . 

Walaupun rawi hadith tidak menyebut nama wanita berkenaan, tetapi perkataan fulanah dalam bahasa arab bermaksud wanita tertentu yang dikenali. Ini menunjukkan Rasulullah s.a.w. mengenalinya. Sebagai Rasul yang bersifat dengan keinsanan maka timbulnya perasaan dalam hati baginda seperti mana ianya timbul dalam jiwa seorang insan lelaki yang normal. Maka untuk melepasi perasaan tersebut baginda mendatangi seorang daripada isteri-isteri baginda, iaitu Zainab seperti yang dinyatakan dalam riwayat yang lain. Juga hadith ini adalah tunjuk ajar Nabi s.a.w. secara praktikal kepada para sahabah. 

Dalam riwayat-riwayat yang lain disebut: 

فَإِذَا رَأَى أَحَدُكُمُ امْرَأَةً فَأَعْجَبَتْهُ فَلْيَأْتِ أَهْلَهُ فَإِنَّ ذَاكَ يَرُدُّ مِمَّا فِي نَفْسِهِ 

“Apabila seseorang kamu melihat seseorang wanita yang mengkagumkannya, maka datangi isterinya, kerana itu dalam menyelesaikan apa yang ada dirinya” (Riwayat Muslim, Abu Daud, al-Tirmizi, al-Baihaqi, Ahmad, lafaz hadith di atas ialah lafaz al-Imam Ahmad). 

Jika kita teliti hadith ini, kita akan bertanya, “bagaimana mungkin kecantikan wanita zaman tersebut boleh menarik perhatian lelaki jika mereka semua menutup wajah atau berpurdah?. Ini menunjukkan mereka tidak menutup wajah mereka. 

d) Dalam hadith yang lain yang diriwayatkan Al-Bukhari, Muslim dan lain-lain: 

عَنْ عَبْدِاللَّهِ بْنِ عَبَّاسٍ رَضِي اللَّه عَنْهممَا قَالَ كَانَ الْفَضْلُ رَدِيفَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَجَاءَتِ امْرَأَةٌ مِنْ خَشْعَمَ فَجَعَلَ الْفَضْلُ يَنْظُرُ إِلَيْهَا وَتَنْظُرُ إِلَيْهِ وَجَعَلَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهم عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَصْرِفُ وَجْهَ الْفَضْلِ إِلَى الشِّقِّ الْآخَرِ 

Daripada Ibn `Abbas r.a., katanya Al-Fadhal (bin `Abbas) pernah menjadi radif Rasulullah s.a.w. (menaiki unta yang sama di belakang Rasulullah). Datang seorang wanita dari khasy`am. Lalu al-Fadhal memandangnya dan dia pun memandang al-Fadhal. Maka Nabi pun memusingkan wajah al-Fadhal ke arah lain. 

Dalam riwayat al-Nasai dinyatakan: 

فَأَخَذَ الْفَضْلُ بْنُ عَبَّاسٍ يَلْتَفِتُ إِلَيْهَا وَكَانَتِ امْرَأَةً حَسْنَاءَ وَأَخَذَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْفَضْلَ فَحَوَّلَ وَجْهَهُ مِنَ الشِّقِّ الْآخَرِ 

Lantas al-Fadhal bin `Abbas memandangnya. Dia adalah seorang perempuan yang cantik Maka Nabi pun memusingkan wajah al-Fadhal ke arah lain. 

Riwayat-riwayat ini menunjukkan wanita pada zaman Nabi s.a.w tidak menutup wajah mereka. Sementara Nabi s.a.w pula hanya memusingkan wajah al-Fadhal tanpa menyuruh wanita berkenaan menutup wajah. Sekalipun dia sangat cantik. Ini menunjukkan pendapat yang menyatakan wanita yang berwajah cantik wajib menutup muka juga adalah tidak kukuh. Jika dibaca kesuluruhan hadith kita kan tahu, peristiwa itu berlaku pada haji wada’. Sedangkan ayat hijab dalam al-Quran turun sebelum itu lagi, iaitu pada tahun 5 hijrah. Maka dakwaan yang menyatakan perintah menutup wajah datang selepas itu, adalah tidak tepat. 

Inilah sebahagian daripada dalil-dalil yang banyak yang dikemukakan oleh jumhur `ulama bagi membuktikan wajah wanita bukan `aurat. Berpegang kepada pendapat jumhur dalam ini adalah lebih jelas dari segi nas atau dalilnya, juga lebih memudah seseorang muslimah di dalam alam semasa yang ada. Islam itu mudah dan praktikal seperti yang ternyata pada nas-nas al-Quran dan al-Sunnah. 



Allah Lebih Mengetahui Dr. Mohd Asri Zainul Abidin 
By IBNYAHYA (DOT) NET - Memburu Cinta Ilahi | | Posted in | With 0 comments


Berbicara saat solat Jumaat


Rasulullah saw bersabda:
“”Idza Qulta li shohibika yaumal jum’ati “Anshit” wal imamu yakhtub, faqad laghauta.” Artinya: Apabila kamu berkata kepada temanmu “ANSHIT” -diamlah- padahal saat itu imam sedang berkhutbah, maka kamu telah kehilangan (pahala). Berbicara saat khotib berkhutbah saat pelaksanaan shalat jum’at sangat berakibat fatal bagi seorang jamaah yang menyebabkan pahala shalat jumat tidak diperoleh. Selain itu juga menyebabkan kekhusu’an para jamaah secara keseluruhan menjadi berkurang. Setiap kali saya mengikuti shalat jumat di beberapa masjid sering terjadi ‘kegaduhan’, kejadian ini biasanya terjadi pada jamaah yang belum mengetahui tentang hadits yang berkaitan dengan hal tersebut, dan yang paling sering terjadi adalah pada anak-anak yang mungkin kebanyakan dari mereka belum mendapat kewajiban untuk shalat jum’at (belum baligh), sehingga menyebabkan jamaah yang sudah dewasa namun masih awam ‘terjebak’ berbicara untuk membuat diam anak-anak tersebut. Solusi Bagi setiap jamaah.



Ibadah yang kita lakukan hendaklah didasarkan pada ilmu, oleh karena itu mencari ilmu penting bagi setiap muslim (bahkan wajib), oleh karena itu sebagai muslim kita tidak boleh menyia-nyiakan waktu kita. Ikutlah kajian-kajian, membaca buku, mendengarkan ceramah, diskusi dengan teman dan lain sebagainya.

Bagi takmir masjid.
Takmir masjid sangat berperan dalam menjaga kekhusu’an pelaksanaan shalat jum’at, karena itu adalah amanah yang telah diberikan oleh Allah swt kepadanya untuk mengurus masjid dengan bijaksana. Takmir masjid dalam mengumpulkan para jamaah dan juga anak-anak tentang pentingnya tidak berbicara saat khatib berkhutbah, dan ini harus dilakukan secara berkelanjutan, tidak hanya butuh sekali dua kali, namun berkali-kali. Bagi orang tua



Anak adalah tanggung jawab orang tua, maka orang tua yang sudah tahu tentang tata cara shalat berjamaah harus secara intensif memberikan pengarahan kepada anak-anaknya untuk tertib dalam melaksanakan shalat jum’at. Ketika anak melakuan dosa atau menbuat orang lain berbuat dosa, maka secara otomatis orang tua harus bertanggung jawab. Bagi para guru sekolah

Anak-anak sekolah biasanya shalat jum’at di masjid sekolah atau masjid di sekitar sekolah. Hendaknya guru memberikan pengarahan kepada anak didiknya untuk berlaku tertib dalam mengikuti shalat jum’at di masjid manapun, kemudian mengontrol mereka saat pelaksanaan shalat jumat berlangsung. Hal ini perlu juga dikoordinasikan dengan Takmir masjid yang bersangkutan agar kontrol berjalan dengan baik. Wallahu’alam Bishshawab

 Referensi: www.pesantrenvirtual.com )
By IBNYAHYA (DOT) NET - Memburu Cinta Ilahi | Mei 10, 2012 | Posted in , | With 0 comments

By IBNYAHYA (DOT) NET - Memburu Cinta Ilahi | | Posted in , | With 0 comments

By IBNYAHYA (DOT) NET - Memburu Cinta Ilahi | | Posted in , | With 0 comments

By IBNYAHYA (DOT) NET - Memburu Cinta Ilahi | | Posted in , | With 0 comments

By IBNYAHYA (DOT) NET - Memburu Cinta Ilahi | | Posted in , | With 0 comments



By IBNYAHYA (DOT) NET - Memburu Cinta Ilahi | | Posted in , | With 0 comments

By IBNYAHYA (DOT) NET - Memburu Cinta Ilahi | Mei 04, 2012 | Posted in | With 0 comments


Kebanyakan mereka yang selalu mengikuti perkembangan komputer mungkin tidak asing lagi dengan perkataan "Netbook". Apakah sebenarnya Netbook? Secara  fizikalnya Netbook boleh dilihat berlainan jika dibandingkan dengan laptop biasa dengan ketiadaan CD/DVD drive serta kecil dan ringan. Tahap kecil Netbook adalah bersaiz B5 (Kertas A4 dibahagi 2), iaitu mempunyai skrin 9, 10 ataupun 11 inchi dan dalam lingkungan 1kg sahaja. 

Pada masa penulisan ini, Oktober 2009, ianya berharga dalam lingkungan RM1,000 hingga RM1,500. Ia adalah satu nilai yang tidak mahal jika dibandingkan dengan laptop. Netbook adalah berasal dari konsep "Network Computing" yang bertujuan menggunakan komputer sambil menjalinkan komunikasi yang boleh dicapai melalui internet. Dari konsep ini lahirlah Netbook yang mempunyai objektif utama penggunaan untuk berinternet dan email. 

Tidak dinafikan ianya boleh juga digunakan untuk mendengar musik dan melihat video. Walaubagaimanapun perlu diingatkan ianya tidak dapat berfungsi dengan lancar sekiranya menggunakan aplikasi yang memerlukan kapasiti processor yang tinggi ataupun RAM yangbesar. Netbook yang paling bagus pun hanya boleh mempunyai 1.6Ghz Processor dan 1GB RAM.Kapasiti ini amatlah sesuai untuk penggunaan internet, email serta menulis melalui word processor 
(Microsoft Word atau OpenOffice).     

Kecilnya komputer ini memudahkan lagi ianya dibawa ke mana-mana dengan bateri yang boleh bertahan dari 4 jam sehingga 11 jam (bergantung kepada jenis bateri dan penggunaan). Asus Eee PC adalah merupakan Netbook pertama yang diperkenalkan dipasaran pada September 2007. Sekarang terdapat banyak jenama Netbook dipasaran dan boleh didapati dengan spesifikasi yang menarik. Boleh diperolehi dengan operating system WindowsXP ataupun Linux. 

Sekiranya anda mempunyai kriteria dibawah untuk memiliki komputer anda yang seterusnya, Netbook adalah disyorkan. - Telah ada komputer desktop atau laptop sebagai komputer utama - Bajet sehingga RM1,500 - Selalu membuat kerja penulisan, berinternet dan email - Perlu komputer untuk dibawa ke mana-mana Dari penulisan di atas, spesifikasi pelbagai model Netbook adalah dalam linkungan berikut: CPU : Intel Atom Processor 1.3 Ghz - 1.6 Ghz RAM : 1 GB HDD : sehingga 160 GB (kebiasaan) / SSD, Solid-State Drive : sehingga 8 GB (seperti Thumbdrive yang menggunakan chip sebagai tempat simpanan) Skrin : sehingga 9 ke 11 inchi Keupayaan bateri : 4 ke 11 jam (Kebiasaan 5 ke 6 jam) Berat : 1 kg Saiz : Dari B5 (Kertas A4 bahagi 2)
By IBNYAHYA (DOT) NET - Memburu Cinta Ilahi | Januari 27, 2012 | Posted in | With 0 comments
 Apakah Nikmat Paling Besar ?

Apabila kita ketahui bahawasanya Allah mengharapkan syurga bagi mereka yang kufur terhadapnya. Maka dari itu kita tahu bahawa sebesar-besar nikmat ialah Nikmat Al-Islam,nikmat yang paling besar adalah nikmat Islam dan apabila Allah menginginkan bagi hambanya kebaikan,maka dia dimatikan dalam beragama Islam dan Nabi kita pernah berdoa ”Wahai yang menetapkan hati-hati, tetapkanlah hatiku diatas agamamu.”dan Nabi S.A.W  telahpun memberitahu bahawa antara tanda-tanda fitnah akhir zaman ”Orang yang malamnya muslim, dan paginya kafir atau paginya dia kafir, dan petangnya dia beriman.”dan hari ini kita lihat di sekeliling kita berbagai perkara yang disebarkan yang berbentuk syubhat “penipuan, dan perkara yang meragukan”dan yang berbentuk syahwat “yang membangkitkan nafsu”. 


Tiada syak lagi bahawa ini semua dapat menyebabkan seseorang itu berpaling (dari agamanya) tetapi Allah yang Maha Tinggi apabila kita mencintai seseorang hamba maka akan diwafatkan dia di dalam Islamdan setiap perkara yang ditarik dari kita pasti akan ada gantinya ( dari Allah) kecuali agama ( maka agama tiada gantinya ) dan apabila Allah mencintaimu maka dia akan menetapkan kematianmu di dalam Islam. Supaya engkau mati dalam Islam,Jadikanlah ! Hatimu gembira takkala engkau menyembah Allah. 

Sebahagian orang apabila melakukan sesuatu perkara yang mubah atau makruh seperti menghadiri sesuatu pertandingan atau majlis keramaian dia merasa gembira kerana menghadirinya, kita tidak ingin membicarakan tentang perihal sesuatu golongan tetapi kita ingin mengambil faedah dan “kegembiraan”ini.Bagaimana engkau tahu bahawa engkau (tetap) diatas Islam (ialah) apabila engkau merasa gembira takkala engkau mentaati Allah. Jangan dilakukan seseutu ibadat itu semata-mata untuk menyelesaikannya.Tetapi lakukanlah sesuatu ketaatan untuk mendekatkan diri kepada Allah. Allah tidak dimudaratkan  oleh kemaksiatannya tetapi engkau yang binasa apabila engkau melakukan maksiat dan mati didalam keadaan Islam dalam apa jua kadaan jauh lebih baik berbanding mati di dalam kekufuran. 


Sebagaimana disebutkan di dalam  doa para solehin “Ya Allah sesungguhnya aku mencintaimu walaupun aku bermaksiat kepadaMU.” Dan seorang sahabat yang mulia Amru ibn Al-Ash takkala hampir waktu kewafatannya berkata:” Ya Allah, aku bukanlah seorang yang lepas (dari dosa) maka akumemohon pertolongan, “ dan tiada bantuan dan kekuatan kecuali dengan (pertolongan) Allah.”

Apabila Allah telah menetapkan bagimu untuk solat subuh berjemaah, setelah engkau keluar dari Masjid, Hadir kanlah perasaan gembira. Bahawasanya Allah dengan RahmatNYA, telah membangunkanMu dari tempat tidurMu, dan menyebabkan engkau berdiri dihadapannya dan membaca engkau bergerak menuju rumahnya ( Masjid). Inilah yang kita harapkan mereka yang apabila Allah inginkan kebaikan untuk mereka ditetapkan dan dimatikan diatas agama dan tidak ada kegembiraan yang lebih besar bagi seorang hamba selain kegembiraannya terhadap islam dan sebagaimana semua telah tahu bahawa seorang hamba itumestilah bersyukur kepada Allah kerana menjadikannya  seorang Muslim kita semua dengan Rahmat Allah dilahirkan muslim yakni Allah memberi kita Islam tanpa kita memintanya maka semoga Allah mengurniakan kepada kita Syurga takkala kita memintanya.
By IBNYAHYA (DOT) NET - Memburu Cinta Ilahi | | Posted in , | With 0 comments

By IBNYAHYA (DOT) NET - Memburu Cinta Ilahi | | Posted in , | With 0 comments

By IBNYAHYA (DOT) NET - Memburu Cinta Ilahi | | Posted in , | With 0 comments

By IBNYAHYA (DOT) NET - Memburu Cinta Ilahi | | Posted in , | With 0 comments

Hidup ini bukanlah suatu jalan yang
datar dan ditaburi bunga melainkan
adakalanya disirami air mata dan darah

(Hamka)

By IBNYAHYA (DOT) NET - Memburu Cinta Ilahi | | Posted in | With 0 comments


By IBNYAHYA (DOT) NET - Memburu Cinta Ilahi | | Posted in | With 0 comments


By IBNYAHYA (DOT) NET - Memburu Cinta Ilahi | | Posted in | With 0 comments

By IBNYAHYA (DOT) NET - Memburu Cinta Ilahi | | Posted in | With 0 comments

By IBNYAHYA (DOT) NET - Memburu Cinta Ilahi | | Posted in | With 0 comments

ADAB-ADAB BERMUSAFIR


Para Musafir dinasihatkan untuk IKHLASKAN NIAT KERANA ALLAH, memelihara diri dari pelbagai sikap Mazmumah, bertaubat dari segala perbuatan maksiat, meninggalkan wasiat, memaafkan kesalahan insan lain.
Seterusnya , apabila telah berada di atas kenderaan, pohonlah pada Allah dengan penuh khusyuk dan tawadhu' :-

سبحان الذي سخر لنا هذا و ما كنا له مقرنين . و إنا إلى ربنا لمنقلبون.اللهم إنا نسألك في سفرنا هذا البر و التقوى , و من العمل ما ترضى , اللهم هون علينا سفرنا هذا , واطو عنا بعده , اللهم انت الصاحب في السفر , والخليفة في الأهل , اللهم إني أعوذبك من وعثاء السفر , وكآبة المنظر , و سوء المنقلب في المال و الأهل.

Apabila kita mendaki tempat yang tinggi, kita diajar untuk bertakbir. Jika menuruninya kita bertasbih.

 Apabila kita sampai ke suatu tempat , kita diajar untuk berdoa:

أعوذبك بكلمات الله التامات من شر ما خلق .

Rebutlah peluang untuk memperbanyak berdoa sepanjang perjalanan, doakanlah kedua ibu-bapa dan para Muslimin amnya atau apa sahaja. Ini berdasarkan hadith hasan ( melalui Imam Tirmizi dan Ibn Majah ) yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a daripada Nabi Muhammad – berselawatlah ke atasnya –

" ثلاث دعوات مستجابات لا شك فيهن : دعوة المظلوم و دعوة المسافر و دعوة الوالد على ولده "

" 3 ketika doa mustajab yang tidak diragukan lagi, doa orang yang dizalimi, doa orang yang bermusafir dan doa bapa terhadap anaknya "