[ ]
Latest News Updates
KELUARGA SAKINAH
Februari 01, 2011 Posted by IBNYAHYA (DOT) NET - Memburu Cinta Ilahi






KELUARGA SAKINAH




03 Feb 2011M / 30 Safar 1432H


Mafraq,Jordan




08 : 44 : pm













Inilah keluargaku,ana sungguh berSyukur kerana di kurniakan sebuah "Keluarga Sakinah" ini kepada ana,Alhamdulillah,segalanya telah ditakdirkan oleh Tuhan Yang Maha Esa Azzawajalla,tiada kalam lain selain syukur dan sujud menyembah nya,selain mutiara suci jatuh berderai membuka tirainya sehingga membasahi sejadah impian,namun keluarga ini juga banyak mengajar ana Erti kehidupan,Erti pergaulan,Erti pengorbanan,Erti sebuah tasbih yang terbina Erat,yang tidak pernah terlerai bijih nya,Allah telah menakdirkan ana sekeluarga dengan masing-masing mencapai impian mereka tersendiri.









Dalam keluarga ana ada yang sudah bekerja,ada yang belum,dan sekarang bergembira kerana tidak lama lagi sebuah keluarga baru akan bertambah dalam keluarga kami suatu hari kelak,insyallah,sesungguhnya banyak onak dan duri yang tidak mudah di lunturkan akan ia,Kerana tanpa kesabaran ana sekeluarga tidak mungkin menghadapi nya dengan tabah,kesabaran lah yang menjadi titik kecemerlangan dan titik berharga bagi pujangga alam pujangga semesta alam,SubhanAllah tuhan mendengari permohonan ana selama ini,tetapi kadang kala tiada termakbul pertolongan yang dipohon.









Walhal ana tiada kalam putus asa yang terucap,Walhal terus istiqomah menuju masa hadapan dengan matlamat yang kukuh dipersimpangan kelak,Sayang juga kepada keluarga ana ini sangat-sangat,dalam kedua ibubapa keluar mencari nafkah dengan setiap titik peluh mereka insyaallah akan di balasi dengan mutiara berharga buat mereka yang ana sangat sayangi iaitu Ayah dan Mama,ana sungguh berSyukur dengan didikan mereka selama ini,tanpa mereka dengan pengorbanan mereka,ana tidak mungkin akan berada di tingkat sebegitu tinggi bagi ana,Subhanallah,Kalam Syukur skali lagi membasahi lidah nan kian hari kian mudah melontarkan hujah yang tajam menusuk kejiwa pendengar nya.









Sehingga kini walaupun berjauhan dariTanah Air,diri ini senantiasa mengingati mereka walau dimana ana berada,Syurga Cinta kadang kala menjadi Impian setiap Manusia,Walhal sungguh atau sungguh payah untuk kesana adalah tidak menjadi Persoalan bagi ana sewaktu ini,Cuma yang ana perlukan hanyalah kesyurga bersama dengan keluarga tercinta ini,"Keluarga Sakinah" menjadi impian ana selama ini,ana menginginkan Keluarga ana menjadi yang terbaik buat mereka diluar sana,Contoh teladan terbaik dari pandangan mereka dengan Nota Nota Cinta yang realiti tercapai digapai,Sukar untuk ana temui lagi insan mulia yang sejati suka dan duka bersama ana lalui Namun ana kan teruskan cita ana janji ana walau kau tiada di sisi ana lagi menempuhi segalanya kan ana teruskan jua mungkin ana akan bertemu takdir penentu..








IBNYAHYA (DOT) NET - Memburu Cinta Ilahi

Thanks for your visit..!