[ ]
Latest News Updates
Memaparkan catatan dengan label Travelog. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Travelog. Papar semua catatan
By IBNYAHYA (DOT) NET - Memburu Cinta Ilahi | Oktober 10, 2011 | Posted in | With 0 comments
Memburu Cinta Ilahi
08 Oktober 2011M /Zulkaedah 1432H
Mafraq, Jordan

10:51:AM

Baby Manja

Saya masih ingat lagi sewaktu hidup sebagai budak manja, budak hingusan kat sekolah rendah dahulu, hidup waktu tu buat pe pun tak kisah, asalkan apa yang saya nak dapat,waktu itu bermula dengan masuknya saya ke tahun 1 Sekolah Kebangsaan Kedai Lalat SKKL atau kini namanya SK Kota Jembal, banyak feir perangai bila bercakap zaman sekolah rendah ni, dulu saya kat sekolah seorang yang pendiam orangnya, hanya orang yang penah berkawan dengan saya jer tahu sifat saya waktu tu, time first time masuk kelas.

Cari Teman

Masa budak dulu, bahasa bualan awak saya, haha biasalah orang, beza caranya setiap orang, tapi itu cara saya time tu, Awak tolong jaga kerusi ni,saya nak keluar jap,;Kata saya pada teman yang duduk bersebelahan saya ketika itu, balas dia;baiklah saya jaga.Time itu seorang pun tak kenal, nama nya budak manja, time
nak kesekolah asyik nangis jer, bangun lewat, lambat-lambat mama saya kata kene
tinggal, teringat pula pada mama.


Buah Hati
Mama time kat umah memang tak menang tangan nak layan kerenah anak-anak, mama bertugas setiap
hari, hari-hari bangun awal  kejutkan saya dan adikberadik yang lain, mama ni memang pada semua anak nya, mana ada pilih kasih, memang saya akui, pilih kasih itu tiada dalam kamus keluarga saya, kalau ade pun, saya akan buang dalam tong sampah tutup rapat-rapat,jangan keluar biarkan disitu, nak cakap betapa boleh merosakkan hubungan, mama sentiasa kejutkan saya solat subuh tuk solat berjemaah bersama, mama memang banyak kerja nya, masak lagi, kekadang kalau rumah bersepah, sempat jugak saya kemas bersama mama.tiada mama lain dalam hati saya, sungguh baik pada cahaya mata yang dilahirkan.


Mama
SuperHeroin
Telinga saya masih terngiang-ngiang suara mama, jangan disebabkan satu perkara itu yen jatuh semangat; kata mama dengan penuh bersemangat tuk memenangi hati saya yang sedih, time tu malam peperiksaan besar bagi subjek selanjutnya selepas 4 subjek Berjaya ditempuhi di dewan peperiksaan, sesungguhnya malam tidak berbau, saya waktu tu kecewa sangat-sangat dengan seorang teman, sungguh dalam hidup saya tak pernah merasakan kecewa sebegitu, hendak pula malam peperiksaan, segalanya Allah telah rancangkan untuk hambanya, qada’ qadar nya SuperHeroin telah meyelamatkan keadaan, nangis tu memang wajib lah nagis, mama tanya kenapa macam ni, sakit hati dengan siapa, yen perlu tabah, esok nak exam, mama dengan penuh
kasih sayang nya membelai hati anak nya ini untuk meredakan panas hati ini, hampir mata ni merah berair, tahan punya tahan saya

luahkan pada mama sepanjang lebarnya, pada malam yang sama ulang kaji bagi subjek itu berlangsung dengan penuh bersemangat dalam hati saya untuk exam keesokkan harinya, dalam hati saya waktu tu, pandai juga mama ngajar yen subjek tu, sungguh memang mamalah SuperHeroin yen selama ini, panas membara bertukar kepada semangat membara, Keesokan harinya bangun pagi dengan semangat yang luar biasa hebat,exam yang ditempuhi di dewan peperiksaan pada waktu tu sememang nya menjawab dalam keadaan tenang, teringatkan pesan SuperHeroin saya semalam, subhanallah apa yang mama ajarkan semalam memang masuk paper peperiksaan time tu, sangat
bertenaga pegang pen menjawab soalan, saya balik dengan sifat semangat luar biasa hebat, terima kasih mama, sungguhpun begitu sifat kecewa tadi tak tamat begitu saja,memang masih terkesan dek paku dengan penukul, nak tahu history-nya, to be continued
..

By IBNYAHYA (DOT) NET - Memburu Cinta Ilahi | September 05, 2011 | Posted in | With 0 comments





KINCIR air atau Norias of Hama di Syria telah menjadi penghias lanskap Kota Hama Sejak Era Mamluk. Fungsi aslinya adalah untuk mengairi ladang pada abad ke-12 dan 13, namun kini Norias 
of Hama telah menjadi daya tarikan tersendiri bagi pelancong yang berkunjung ke Kota Hama

Selama Era Mamluk, pada pemerintahan Dinasti Ayyubiyah di akhir abad ke-12 dan awal abad ke-13, banyak noria (kincir air) telah diperbaiki dan diperbesar. Mamluk juga meningkatkan jumlah kincir air di kota. Pada suatu waktu, Kota Hama abad pertengahan berisi lebih dari 30 kincir air. Sekarang yang tersisa hanya 17 dan sudah tidak terpakai.
Roda noria mempunyai diameter sampai dengan 20 meter. Ini memungkinkannya melakukan sistem pengairan dengan cara kerja yang sedemikian rupa sehingga wilayah kota tertentu mendapat bekalan air.
Membolehkan kita menemukan dua noria berhampiran sungai, dekat benteng. Sementara di hulu dari pusat Bichriyat, ada empat noria. Sedangkan di hilir, kita akan menemukan noria terbesar iaitu al-Mohamadiyya, yang digunakan untuk memasukkan air ke Masjid Agung.
Seiring berkembangannya dunia pelancongan di Kota Hama, muncullah berbagai restoran dan kafe di sepanjang Sungai Orontes, tempat dimana kincir air  itu melakukan tugasnya. Beberapa kafe dan restoran tersebut menyajikan pandangan kincir air itu sebagai pelengkap waktu bersantap.
Ok, jika Anda berkunjung ke Syria, jangan lupa untuk berkunjung kesana.



By IBNYAHYA (DOT) NET - Memburu Cinta Ilahi | Mei 25, 2011 | Posted in | With 0 comments
25 Mei 2011M / 22 Jamadil Akhir 1432H
Mafraq, Jordan
6:27:AM

Bersambung kembali penulisan kita, sungguh alam terbentang luas indah dengan kicauan burung berterbangan dipagi hari, menjalar mencari penenang dihati diminda, berbalik kepada tajuk diatas mungkin saja setiap pembaca tak sabar-sabar nak tahu apakah yang dimaksudkan dengan penunggu itu, seperti yang kita tahu setiap sudut, kawasan, bangunan, ataupun sesuatu tempat dimana-mana saja pastinya mempunyai Sang Penunggu yang mistik yang menjaga kawasan tersebut. 

Begitu juga perkongsian penceritaan ana pada kali ini, akan mengunkap apakah dia yang sebenarnya..hehe.. (mood seram ! )




Bercakap saja tentang penunggu, pembaca mungkin dah tahu, tapi lain pula kisah ini, nak tahu??, Jom baca..Pada dasarnya mungkin tanggapan daripada kita tidak tahu bahwa orang Arab pun percaya kepada benda-benda tahyul mayul ini, ataupun perkara ghaib ini, seiring dengan perkembangan pengetahuan kita di Malaysia, Arab juga tidak ketinggalan dalam bab sebegini aneh bagi setiap golongan.

Bercakap pula bab penunggu ini, teringat pula ana pada Sang Penunggu di suatu kawasan lapang, kawasan itu penuh dengan bertebarannya sampah sarap yang melayang-layang, kadang kala nampaknya semacam padang pasir yang memang suatu tempat pembuangan sisa sampah terbuang, bukan niat nak memburukkan bumi Isyra', bumi Ambiya' ini, tapi sememang nya begitulah, hmmm... Apa yang nak dicakapkan tadi sememang nya penunggu itu selalu saja mengganggu ketenteraman awam, apabila saja melalui kawasan itu, sering saja akan berbunyi ngilauan..hiihaa.. suatu yang menakutkan bagi sesetengah mereka, maksud nya kalau orang berani, berjiwa semangat lebih, tak mengapalah, apa orang kata..kebal, walhal lain pula orang yang bernasib malang ini, sungguh memeritkan dan sungguh menyakitkan hati, " rasa nak bunuh saja makhluk tu"; kata sahabat baik ana yang berniat untuk membalas dendam, bukan apa, macam biasalah sedara/ri, apabila kemarahan ditahap memuncaknya, begitulah kita.

Sang Penunggu yang pastinya yang pembaca rindui ini, pastinya akan muncul dan menonjolkan dirinya kebiasaan pada musim Syita' (Sejuk) dan kebiasaannya sehinggalah menjengah masuk musim yang lain, musim Soifi (Panas). Haduhaii (penat keletihan memikirkan) , kisah Sang Penunggu ini telah berlangsung dengan jayanya di bumi Mafraq, berhampiran dengan kediaman kami yang bernama "Imarah Sakinah atau lebih dikenali oleh Pak Arab "Mujamma' Ilwan". 

Diantara laluan Utama kami juga lah,untuk ke Balad (Pekan Mafraq), makhluk yang pembaca tertanya-tanya ini adalah makhluk ciptaan Allah S.W.T iaitu Anjing..hehe .Sekali terkena sungguh terkesan lah juga. 

Masyarakat Arab sememangnya percaya perkara sebegini, ini ditambahkan pula bukti daripada sahabat baik yang menunjukkan klip video dari internet, bukan nak kata internet tak boleh percaya, semua tak betul, sedikit banyaknya pasti ada sumber yang benar apa yang dipaparkan. 

Sungguhpun begitu apa yang pasti benda sebegini jin, syaitan dan sebagainya semua adalah makhluk Allah S.W.T dan sememangnya ada dimana-mana, hanya kita saja tak mampu melihat dengan mata kasar atau pancaindera, menurut dalam pengajian ilmu tasawwuf, adalah benda - benda sebegini tergolong dalam bab Alam Ghaib, benda tak nampak dengan mata kasar.

Firman Allah :-

Ù‚َالَ Ø¥ِÙ†ِّÙŠ Ø£َعْÙ„َÙ…ُ Ù…َا لا تَعْÙ„َÙ…ُونَ
Dimana Allah s.w.t menyatakan kepada malaikat bahawa “Aku lebih tahu apa yang kamu tidak tahu”. (Al-Baqarah)
By IBNYAHYA (DOT) NET - Memburu Cinta Ilahi | April 05, 2011 | Posted in | With 0 comments
20 Mac 2011
Mafraq,Jordan
10 : 00 : pm


Senyum merupakan tanda awal ketulusan hati yang lebih berharga dari sebuah hadiah. Tersenyum akan menghadirkan energi positif bagi diri sendiri dan orang lain. Tentu saja senyum yang dimaksud ialah senyum yang wajar atau ikhlas, bukan senyum yang dibuat-buat. Senyum tulus yang lahir dari kelapangan dan kebersihan hati dan keikhlasan jiwa. Menjadi bukti kemurnian persahabatan dan tanda ketulusan cinta. Membuat wajah kita terlihat berseri dan kecantikan alamiah kita terpancar secara maksimal. Wajah cantik tanpa senyuman, tidak sedap dipandang mata. Riasan wajah yang mahal dan apik tampak biasa tanpa senyuman. Senyuman bisa mengubah penderitaan menjadi kegembiraan, menciptakan suasana nyaman bagi diri sendiri dan orang lain.

Begitu berertinya sebuah senyuman dalam kehidupan hingga Rasulullah SAW bersabda dalam hadits yang diriwayatkan At-Tirmidzi, Ibnu Hibban, dan Al-Baihaqi.

”Tabassumuka Fii Wajhi Akhiika Shodaqoh.”
Ertinya, “Tersenyum ketika bertemu dengan saudara kalian adalah termasuk ibadah.”

Hadits ini mengajarkan kita betapa hal kecil yang sering kita anggap biasa dan kita abaikan ternyata memiliki nilai yang berharga dalam pandangan agama.

Dalam hadits lain yang diriwayatkan Ad-Dailamy, Rasulullah SAW bersabda:
”Sesungguhnya pintu-pintu kebaikan itu banyak: tasbih, tahmid, takbir, tahlil (dzikir), amar ma’ruf nahyi munkar, menyingkirkan penghalang (duri, batu) dari jalan, menolong orang, sampai senyum kepada saudara pun adalah sedekah.”

Hadits ini memberikan gambaran kepada kita bahawa kebaikan boleh kita lakukan dengan cara sederhana, sedekah itu tidak harus selalu kita lakukan dengan memberi sejumlah benda jika kita memang tidak punya apa-apa. Kerana membuat gerakan ekspresif dengan menarik sudut bibir ke atas tanpa bersuara sudah merupakan sedekah.

Senyum memiliki fungsi yang luar biasa dalam mengubah dunia. Mengapa demikian? Kerana senyum merupakan salah satu instrumen dakwah dan syiar Rasulullah SAW yang turut melengkapi kemuliaan budi pekertinya dalam etika pergaulannya dan dalam membina keharmonian rumah tangganya. Suatu hari, seorang Arab Badui meminta sesuatu kepada Rasulullah SAW dengan menarik serban beliau hingga tercekik, dan tarikan serban itu meninggalkan kesan pada leher Rasulullah SAW. Orang ini berfikir, bahawa Rasulullah pasti marah setelah ia melakukan hal tersebut. Namun, yang terjadi adalah sebaliknya. Ia terkesan menatap Rasulullah SAW yang tidak marah atas perlakuannya yang sangat kasar, tetapi justeru Rasulullah SAW tersenyum dengan ikhlas kepadanya. Akhirnya, senyum tulus Rasulullah SAW, membawa orang Badui ini menikmati indahnya Islam. Sebuah senyum yang didasari keikhlasan dan keimanan mampu mengubah keyakinan seseorang. Ketulusan senyum dan kemuliaan budi pekertinya dalam berdagang bahkan berperang membuatnya mampu menyebarkan Islam hingga Kisra dan Persia.

Senyum Rasulullah SAW juga selalu ter-aplikasi dalam pergaulannya. Dalam sebuah hadits yang diriwayatkan At-Tirmidzi, Al-Husein Radliyallahu’anhu, cucu Rasulullah SAW menuturkan keluhuran budi pekerti beliau. Ia berkata, ”Aku bertanya kepada Ayahku tentang adab dan etika Rasulullah Shallahu ‘alaihi wa Sallam terhadap orang-orang yang bergaul dengan beliau. Ayahku menuturkan, ‘Beliau Shallahu ‘alaihi wa Sallam senantiasa tersenyum, berbudi pekerti lagi rendah hati, beliau bukanlah seorang yang kasar, tidak suka berteriak-teriak, bukan tukang cela, tidak suka mencela makanan yang tidak disukainya. Siapa saja mengharapkan pasti tidak akan kecewa dan siapa saja yang memenuhi undangannya pasti akan senantiasa puas…..” (Riwayat At-Tirmidzi)

Rasulullah Shallahu ‘alaihi wa Sallam juga merupakan seorang suami yang penuh gurauan dan senyuman dalam kehidupan rumah tangganya.

Aisyah Radliyallahu’anha mengungkapkan, ”Adalah Rasulullah Shallahu ‘alaihi wa Sallam ketika bersama istri-istrinya merupakan seorang suami yang paling tenang dan semulia-mulia manusia yang dipenuhi dengan gelak ketawa dan senyum simpul.” (Hadits Riwayat Ibnu Asakir)

Aisyah Radliyallahu’anha bercerita, yang Ertinya, “Tidak pernah saya melihat Raulullah Shallahu ‘alaihi wa Sallam tertawa terbahak-bahak sehingga kelihatan batas kerongkongannya. Akan tetapi tertawa beliau adalah dengan tersenyum.” (Hadits Riwayat Al-Bukhari)

Senyum yang tulus dapat memancarkan cahaya hati dan tenaga kecantikan kan terpancar pada kita, memberi kesan hangat dan ramah. Tersenyum mampu mendekatkan perasaan dan menumbuhkan ikatan kasih sayang yang mengeratkan hubungan hati. Bukan sekadar hubungan dan ikatan secara keturunan atau materi, tetapi ikatan dan hubungan persaudaran yang berlandaskan iman. Tersenyumlah, dan amalikan setiap hari dengan senyuman kerana senyum memiliki banyak manfaat.

Ingatlah teruskan senantiasa dengan senyuman, jangan pula tersenyum sehinggakan masyarakat sekeliling kita mengatakan kita kurang siuman, alhamdulillah sungguh masyarakat sekarang terutama nya di Malaysia telah menjadikan senyuman sebagai salah satu budaya dalam kehidupan bermasyarakat, bertitik tolak daripada itu, sungguh membawa tuah kepada seseorang yang penyenyum itu,hal ini kerana senyum yang tulus dapat memancarkan cahaya hati dan tenaga kecantikan dan menumbuhkan ikatan kasih sayang dan mengeratankan hubungan kasih sayang.

Senyumlah agar menjadi seindah suria yang akan membawa sinar nur cahaya buat penyeri diri,terutama sekali apabila berada di khalayak masyarakat.
By IBNYAHYA (DOT) NET - Memburu Cinta Ilahi | Mac 15, 2011 | Posted in | With 0 comments
14 Mac 2011
Mafraq,Jordan
01 : 09 : pm

Assalamualaikum wbt..ana meneruskan lagi "Epilog Kembara"ana seterus nya setelah berapa lama ana berehat atau pun sibuk sangat-sangat disebabkan beberapa masalah yang tak dapat dielakkan,namun demikian akan ana meneruskan perjalanan kembara ini,berbalik kepada penceritaan ana kali ini,dikala terkenang kisah dahulu ana masih ingat, ketika itu ana duduk melihat keindahan ciptaan ilahi di sudut pintu masuk rumah ana,selepas itu lamunan ana merenung jauh entah kemana,dan bermulalah hidup dalam khayalan ana itu dengan ana mengatakan kemanalah ana akan pergi selepas ini, selepas beberapa duka lara yang ditempuhi,hidup ini berasa sungguh terpesong dari landasan,pengorbanan yang ana hulurkan atau korbankan sungguh banyak,entah sudah berapa peristiwa semalam yang tertanam dalam diari mereka - mereka disana sini,iaitu "Keluarga Sakinah" keluarga ana,dimasa itu ana ada mengatakan dalam lamunan ana itu, duhai ilahi mungkin kan suratan takdir ana selepas ini baik,atau mungkin sebaliknya,kotak minda masih berkhayal,sehingga kan jauh berjauhan ingin ku berlari,yang ana serapkan dalam diri ana adalah ingin membuat bonda ayahde ana sejahtera dan tenteram,walaupun mungkin ketika itu ana fikir walau kita berkejauhan, ana tetap akan meneruskan warisan "Keluarga Sakinah" ini sehinggakan mencapai apa yang dihajatkan,iaitu sebuah kejayaan yang diharapkan dalam misi sesebuah keluarga itu,tak dinafikan walaupun kini ada sudah ahli keluarga ana yang berjaya dalam hidup mereka namun sungguh baik,adalah kerana,akan menjadi titik pengharapan kepada adik-adik ana yang lain untuk turut bangun dari tidur dan berfikir bahwa ilahi menciptakan kita semua adalah untuk berjaya dan bukan nya sebalik nya , teringat ana pada suatu kata-kata yang cukup menaikkan semangat ana ketika itu,ketika tahun ana mengambil Sijil Pelajaran Malaysia ataupun (SPM) yang mana kata-kata semangat ini sering menjadi ubat penawar dalam hidup ana seharian selain kitab Al-Quran,iaitu "Genggam bara biar sampai Menjadi intan Berlian" dan "Lihat Potensi bukan Realiti" ini antara kata-kata semangat yang ana jadikan pembangkit semangat untuk berjuang sehingga kemana saja arah ana telusuri,mahupun matlamat tetap tertanam dihati diminda


walhal kayalan ana sungguh jauh berterbangan,sehingga melontar ke alam entah kemana,ketika itu juga terfikir pula kepada insan yang penyayang,sungguh sungguh mereka amat terbaik dalam kalbu ana,sehingga kini masih tertanam naluri keibuan dalam diri ana, ana adakala nya hampir mendambakan kebahagiaan

Oh bonda,ana sering terfikir sekiranya ana berada ditempat mereka,sungguh banyak beban yang digalas dibahu mereka,ana tersentak dalam khayalan yang menjauh itu,pabila hadir suara indah menjiwai kalbu ana sewaktu tersentak,sungguh bermakna sebuah lagu itu pada ana,kebahagian dan perjalanan pelayaran hidup ini penuh rintangan,sungguh banyak kasih sayang yang terkorban dan adakala nya sungguh menderita hati ana ini,namun ana abadikan akan duka itu untuk menuju puncak kejayaan yang diredhai walupun pahit menghalangi nya.Kini walupun berkejauhan ana berasa ingin berlari kepangkuan bonda dan ayahde ana itu,sungguh rindu akan mereka,tak dinafikan semua manusia yang bergelar anak mesti dambakan kasih sayang seorang ibu dan ayah,dan walaupun ada waktu itu ana cukup gembira walaupun hanya dapat mendengari suara mereka,dan ana sempat kata pada mereka,yang ana sungguh gembira mendengari suara ibu,akan tetapi ana tak boleh sekarang ini untuk mendakapi ayah ibu ketika ini kerana berada berkejauhan di perantauan,dan bila lah pula masa nya untuk ana mendakapi mereka lagi sambil berkejatuhan air mata,sungguh menusuk jiwa semasa ana berkarya dengan menciptakan sebuah lirik lagu kepada mereka,lagu hasil ciptaan ana sebelum ini,sebelum ana datang ke Bumi Ambiya' ana sempat menciptakan sebuah lirik luahan isi hati ana ketika itu,yang memang mendambakan kasih mereka,yang bertajuk "Permata Hati" kerana ana fikir waktu itu bila pula ana akan berselalu bersama mereka suatu hari nanti,sungguh perjalanan ana untuk merentasi laut hindi dan teluk arab ini,amat besar perjalanan nya,ana tabah menhadapi nya walaupun keadaan masa itu banyak cabang yang perlu dipilih,ana hilang arah,keluarga mana-mana pun mesti ada falsafah mereka tersendiri,begitu juga ana dalam keluarga, ada saja penghalang nya pada ana,sehinggakan "Kasih Sayang" ana ketika itu

Hampir berlumuran darah,sehinggakan ana sempat manghasilkan se buah lirik Ana yang seterus nya yang bertajuk "Malang" sejujur pengorbanan,memang tak ana nafikan perlu untuk bangkit gemilang dalam hidup,kekadang air muka ayahda dan bonda,ana boleh tafsirkan melalui hati ana,betapa tinggi nya pengharapan mereka kepada ana,walaupun di wajah mereka terlukis tenang,debar didada mereka rahsiakan,namum ana pastikan mereka aman tenang kelak,Kasih Sayang ini tiada bisa dijual beli,ayahda bonda lah insan yang pengasih yang sentiasa mengambil kisah akan anak-anak mereka sejak dulu sehinggalah anak-anak itu berumah tangga sendiri,namum betapa ana mengharapkan sentiasa hadir restumu ibu,akan ana membawa nya ke Syurga dengan bersemi nya kasih sayang yang berpanjangan dari insan yang mendoakan kebahgiaan anak-anakmu oh Bonda ayahda ku..

NMA - Permata Hati -
Lirik - Nik Mohamad Azreen
Lagu - Nik Mohamad Azreen
Ciptaan 2009 (ibnyahya)

Aku mengerti hidup ini
Mengapa ia bisa terjadi
Menimbul rasa pahit dihati
Keringat permata hati yang suci

Walaupun makhluk tiada mengerti
Kan tercipta langkah yang suci
Padamu suatu hari nanti
Cahaya datang menyinari diri

Hidup yang ceria kan tiada lagi
Pabila aku jauh disana
Jiwa yang manja kan hidup berdikari
Menjadi sebaik makhluk ilahi

Gelumang dosa bersama mu permata hati
Dikala waktu usia muda
Berputik hitam berbisa dikalbu
Menjadi penghalang nur ilahi

Tiada lagi harapan yang dicari
Selain redha dan cinta suci
Pada mu permata hati yang suci
Kerana diri mu amat bererti

Permata hati kan pergi
Pabila usia malam sunyi
Gementar jasad dialam ini
Waktu itu azam tetap dikalbu..

NMA - Malang
Lirik : Nik Mohamad Azreen
Lagu : Nik Mohamad Azreen
Ciptaan 2009 (ibnyahya)

Malang ….(4x)
Malang bermula disini
Bersinar hilang bersinar
Menghilang entah kemana
Dibawa arus sambayu..
Suka gelak ketawa
Duka meronta ronta
Menjadi tak mengena
Pada sang malang derita ..

Malang…. (4x)

Menghilang entah kemana
Cinta dan cita-cita
Impian harapan mulia
Keresahan dunia semata…
Malang bermula disini
Dunia mainan terleka
Menyesatkan hati yang lara
Bersabar menghadapinya..
By IBNYAHYA (DOT) NET - Memburu Cinta Ilahi | Februari 28, 2011 | Posted in | With 0 comments


By IBNYAHYA (DOT) NET - Memburu Cinta Ilahi | Februari 01, 2011 | Posted in | With 0 comments





KELUARGA SAKINAH




03 Feb 2011M / 30 Safar 1432H


Mafraq,Jordan




08 : 44 : pm













Inilah keluargaku,ana sungguh berSyukur kerana di kurniakan sebuah "Keluarga Sakinah" ini kepada ana,Alhamdulillah,segalanya telah ditakdirkan oleh Tuhan Yang Maha Esa Azzawajalla,tiada kalam lain selain syukur dan sujud menyembah nya,selain mutiara suci jatuh berderai membuka tirainya sehingga membasahi sejadah impian,namun keluarga ini juga banyak mengajar ana Erti kehidupan,Erti pergaulan,Erti pengorbanan,Erti sebuah tasbih yang terbina Erat,yang tidak pernah terlerai bijih nya,Allah telah menakdirkan ana sekeluarga dengan masing-masing mencapai impian mereka tersendiri.









Dalam keluarga ana ada yang sudah bekerja,ada yang belum,dan sekarang bergembira kerana tidak lama lagi sebuah keluarga baru akan bertambah dalam keluarga kami suatu hari kelak,insyallah,sesungguhnya banyak onak dan duri yang tidak mudah di lunturkan akan ia,Kerana tanpa kesabaran ana sekeluarga tidak mungkin menghadapi nya dengan tabah,kesabaran lah yang menjadi titik kecemerlangan dan titik berharga bagi pujangga alam pujangga semesta alam,SubhanAllah tuhan mendengari permohonan ana selama ini,tetapi kadang kala tiada termakbul pertolongan yang dipohon.









Walhal ana tiada kalam putus asa yang terucap,Walhal terus istiqomah menuju masa hadapan dengan matlamat yang kukuh dipersimpangan kelak,Sayang juga kepada keluarga ana ini sangat-sangat,dalam kedua ibubapa keluar mencari nafkah dengan setiap titik peluh mereka insyaallah akan di balasi dengan mutiara berharga buat mereka yang ana sangat sayangi iaitu Ayah dan Mama,ana sungguh berSyukur dengan didikan mereka selama ini,tanpa mereka dengan pengorbanan mereka,ana tidak mungkin akan berada di tingkat sebegitu tinggi bagi ana,Subhanallah,Kalam Syukur skali lagi membasahi lidah nan kian hari kian mudah melontarkan hujah yang tajam menusuk kejiwa pendengar nya.









Sehingga kini walaupun berjauhan dariTanah Air,diri ini senantiasa mengingati mereka walau dimana ana berada,Syurga Cinta kadang kala menjadi Impian setiap Manusia,Walhal sungguh atau sungguh payah untuk kesana adalah tidak menjadi Persoalan bagi ana sewaktu ini,Cuma yang ana perlukan hanyalah kesyurga bersama dengan keluarga tercinta ini,"Keluarga Sakinah" menjadi impian ana selama ini,ana menginginkan Keluarga ana menjadi yang terbaik buat mereka diluar sana,Contoh teladan terbaik dari pandangan mereka dengan Nota Nota Cinta yang realiti tercapai digapai,Sukar untuk ana temui lagi insan mulia yang sejati suka dan duka bersama ana lalui Namun ana kan teruskan cita ana janji ana walau kau tiada di sisi ana lagi menempuhi segalanya kan ana teruskan jua mungkin ana akan bertemu takdir penentu..








By IBNYAHYA (DOT) NET - Memburu Cinta Ilahi | Januari 30, 2011 | Posted in | With 0 comments


....."Andainya dapatku menulis nota nota cinta buat diri-Nya, ingin ku titipkan bersama semua kuntuman bunga yang indah berseri. Ku semburkan haruman mewangi bersama kata-kata puji,sedang Dia tahu kasih dan cintanya aku menjalin ikatan menuju ke Syurga. Cintaku kepada Dia rinduku hanya pada-Nya kasihku tulus buat-Nya setiaku balas kasih-Nya kasihku kasih yang setia pada yang punya. Dambaku pada Yang Esa,Pujian hanya buat-nya, akurku kebesaran-Nya teragung Maha suci-Nya taatku hamba yang hina pada Pencipta kira aku hilang arah Jalan hidupku berubah punah namun kasih-Nya tak pernah akan musnah belas rahmat-Nya terus mencurah-curah nur Hidayah-Nya semakin cerah"...

By IBNYAHYA (DOT) NET - Memburu Cinta Ilahi | Januari 27, 2011 | Posted in | With 0 comments



PENGEMBARAAN KINI BERMULA ZIARAH DARI MAFRAQ,JORDAN KE DAMASCUS,SYRIA
kembara di bumi SYAM,Syria sungguh menguji keimanan setiap insan,onak dan duri dirasai bersama disini,bertempiaran mencari,butir2 suci...

di akhir perjalanan pulang menuju Abu Nur,Hospital Palastine,Yarmouk,Damascus,Syria...



ukiran yang tertera ayat pada dinding Qol'ah ( Karak Castle),Hama..



makan seafood dan lain2 di RESTAURAN berhampiran Pantai Syria, jgn terkejut Syria ad Pantai...





"RESTAURAN SEAFOOD " berhampiran dgn " PANTAI DI SYRIA " menunggu santapan di hidang, dinner bersama 3 org ahli usrah ana, disebelah kiri akhi Firdaus & sebelah kanan akhi Adib & bersama syabab dari Syria...

photo bersama syabab yg mengaji di Syria,ini lah anak2 kecil dari syria comel bukan,memang tak salah tak silap lagi,memang org syria ini cantik & sungguh menawan hati ini...


on the way ke DAMASCUS,SYRIA antara perjalanan yang ditelusuri untuk sampai tiba ke destinasi ialah ( MAFRAQ > AMMAN > DAMASCUS )


banyk pokok yg berbunga kerana musim syitak tiba,ia nya proses musim berbunga skng nih,sungguh indah permai permandangan nya,dgn tiupan angin yg mendamaikan jiwa,sungguh tenang persis sangbayu di mana2...


"WELCOME TO HAMA " dipersisir jalan tertera akan ia,sewaktu berada diperjalanan, sideboard menghala ke DAMASCUS ,PALMAN CENTER, TRAIN STATION, dan pintu ap entah..


singgah menikmati kopi&teh arab dlm taman "gincir air" dalam harga murah sajer,dlm harga Jordan JD0.500
klau converter ke Syria Lera LS berapa entah,apa yg tak sama di Malaysia adalah cara nya menjual,dia taruk air dalam gelas dan perlu dihabiskan waktu itu jgk,krn gelas tadi digunakan balik,gelas kaca biasa nya,ini lah kelainan nya arab ni dgn sistem nya...


"MAKAM KHALID AL-WALID"


"PERKARANGAN MASJID KHALID BIN AL-WALID"


The famous water wheels of Hama, Syria

"Gincir Air"terdapat dua sudut terletak nya gincir air ini..


ini lah bangunan peninggalan sezaman dgn Solehuddin Al-Ayubi bengunan ini adalah Qol'ah ( KARAK CASTLE ) ap entah,lupa dah.. dlm sejarah nya ad jg berkisarkan tntg Solehuddin Al-Ayubi mengenangi perjalan beliau didalam Qol'ah ini..


bergambar membelakangi Qol'ah ( KARAK CASTLE )..


dinner bersama 3 org ahli usrah ana dari kiri akhi adib,seterus nya ana dan akhi firdaus,time ini makan 'seafood' di Restauran dekat dgn satu2 nya Pantai yg ad di Syria,di Hamos tsk silap ana,berkelas lah jgk harga dalam LS300,LS400 (LeraSyria) dan lebih dari itu lagi,sedap lah makan kan sana tuu,macam ala barat lah jgk..

..

ini adalah

"The famous water wheels of Hama, Syria"

atau gincir air zaman lampau,memang indah tempat ini sejarah nya amat panjang,kawan ana ad jg sempat bersembang tentang sejarah tempat ini,pasal kota ini zaman dulu,yg ana masih ingt gincir ini sudah lama tak dipenuhi air kerana sudah lama tak hujan,biasa nya air akan melimpahi takungan ini,dan gincir ini akan bergerak,aliran air nya memungkin kan cantik permandangan nya...


ketika ini berada di pergunungan bersebelahan dengan bangunan tinggal silam sezaman dgn Solehuddin Al- Ayubi yg dipanggil Qol' ah,disana begitu nyaman udara nya,nan sepoi2 bahasa,walaupun bertiup amat kencang dan sejuk di sebabkan masuk nya musim ini adalah musim syitak(sejuk) tdk mematah kan perjalanan ziarah kami ke Bumi Syam,SYRIA ini..


sempat jgk meniti barisan tembok yg bersambung..


haha posisi yg gramatis elok bangat,image gaya bebas konon2 nya...


belakang sana adalah MASJID KHALID BIN AL-WALID dan wujud nya makan beliau dalam mahligai ini...


ini lah dia makan Khalid Bin Al Walid,terletaknya dibawah qubah berwarna hijau...