[ ]
Latest News Updates
Bank Negara Malaysia - RM20 baru akan diperkenalkan.
September 06, 2011 Posted by IBNYAHYA (DOT) NET - Memburu Cinta Ilahi






Selepas 16 tahun wang kertas RM20 diperkenalkan kembali oleh Bank Negara Malaysia. Ia merupakan sebahagian daripada siri wang kertas dan duit syiling terbaru yang bakal memasuki edarannya pada awal tahun depan. “Pengenalan semula wang kertas RM20 dalam siri matawang baru ini penting kerana ia berfungsi sebagai perantara yang menghubungkan jurang nilai antara RM10 dan RM50. Ini akan memudahkan pengguna membuat bayaran,” katanya dalam satu kenyataan kepada media pada Rabu. Gambar: Wang lama RM20
Wang kertas RM20 telah lama diperkenalkan sejak siri kedua pada tahun 1982 dan telah dihentikan pengeluarannya pada 1995.
Rekaannya menonjolkan hiasan tradisional Malaysia dan gambar ibu pejabat Bank Negara di muka bertentangannya.BNM sebelum ini mengumumkan bahawa satu siri reka bentuk baharu wang kertas dan duit syiling Malaysia akan berada dalam edaran pada awal 2012.Langkah itu dilakukan secara berkala dalam setiap tempoh 12 tahun. Reka bentuk mata wang siri baharu itu akan mengandungi ciri-ciri yang khusus bagi Malaysia, kata BNM dalam satu kenyataan pada Isnin.
Menurut kenyataan tersebut, siri wang kertas itu juga mempunyai ciri-ciri keselamatan yang lebih canggih sejajar dengan kemajuan teknologi wang kertas mutakhir ini.
Reka bentuk wang kertas siri ke-empat yang baharu itu adalah untuk wang kertas dalam denominasi RM1, RM5, RM10, RM20 dan RM100.

IBNYAHYA (DOT) NET - Memburu Cinta Ilahi

Thanks for your visit..!

0 ulasan for "Bank Negara Malaysia - RM20 baru akan diperkenalkan."

Catat Ulasan