[ ]
Latest News Updates
By IBNYAHYA (DOT) NET - Memburu Cinta Ilahi | Januari 27, 2012 | Posted in , | With 0 comments

By IBNYAHYA (DOT) NET - Memburu Cinta Ilahi | | Posted in , | With 0 comments

Hidup ini bukanlah suatu jalan yang
datar dan ditaburi bunga melainkan
adakalanya disirami air mata dan darah

(Hamka)

By IBNYAHYA (DOT) NET - Memburu Cinta Ilahi | | Posted in | With 0 comments


By IBNYAHYA (DOT) NET - Memburu Cinta Ilahi | | Posted in | With 0 comments


By IBNYAHYA (DOT) NET - Memburu Cinta Ilahi | | Posted in | With 0 comments

By IBNYAHYA (DOT) NET - Memburu Cinta Ilahi | | Posted in | With 0 comments

By IBNYAHYA (DOT) NET - Memburu Cinta Ilahi | | Posted in | With 0 comments

ADAB-ADAB BERMUSAFIR


Para Musafir dinasihatkan untuk IKHLASKAN NIAT KERANA ALLAH, memelihara diri dari pelbagai sikap Mazmumah, bertaubat dari segala perbuatan maksiat, meninggalkan wasiat, memaafkan kesalahan insan lain.
Seterusnya , apabila telah berada di atas kenderaan, pohonlah pada Allah dengan penuh khusyuk dan tawadhu' :-

سبحان الذي سخر لنا هذا و ما كنا له مقرنين . و إنا إلى ربنا لمنقلبون.اللهم إنا نسألك في سفرنا هذا البر و التقوى , و من العمل ما ترضى , اللهم هون علينا سفرنا هذا , واطو عنا بعده , اللهم انت الصاحب في السفر , والخليفة في الأهل , اللهم إني أعوذبك من وعثاء السفر , وكآبة المنظر , و سوء المنقلب في المال و الأهل.

Apabila kita mendaki tempat yang tinggi, kita diajar untuk bertakbir. Jika menuruninya kita bertasbih.

 Apabila kita sampai ke suatu tempat , kita diajar untuk berdoa:

أعوذبك بكلمات الله التامات من شر ما خلق .

Rebutlah peluang untuk memperbanyak berdoa sepanjang perjalanan, doakanlah kedua ibu-bapa dan para Muslimin amnya atau apa sahaja. Ini berdasarkan hadith hasan ( melalui Imam Tirmizi dan Ibn Majah ) yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a daripada Nabi Muhammad – berselawatlah ke atasnya –

" ثلاث دعوات مستجابات لا شك فيهن : دعوة المظلوم و دعوة المسافر و دعوة الوالد على ولده "

" 3 ketika doa mustajab yang tidak diragukan lagi, doa orang yang dizalimi, doa orang yang bermusafir dan doa bapa terhadap anaknya "



By IBNYAHYA (DOT) NET - Memburu Cinta Ilahi | | Posted in | With 0 comments

By IBNYAHYA (DOT) NET - Memburu Cinta Ilahi | | Posted in | With 0 comments

By IBNYAHYA (DOT) NET - Memburu Cinta Ilahi | | Posted in | With 0 comments

By IBNYAHYA (DOT) NET - Memburu Cinta Ilahi | | Posted in | With 0 comments

By IBNYAHYA (DOT) NET - Memburu Cinta Ilahi | | Posted in | With 0 comments

By IBNYAHYA (DOT) NET - Memburu Cinta Ilahi | | Posted in | With 0 comments

By IBNYAHYA (DOT) NET - Memburu Cinta Ilahi | | Posted in | With 0 comments

By IBNYAHYA (DOT) NET - Memburu Cinta Ilahi | | Posted in | With 0 comments

By IBNYAHYA (DOT) NET - Memburu Cinta Ilahi | | Posted in | With 0 comments

By IBNYAHYA (DOT) NET - Memburu Cinta Ilahi | | Posted in , | With 2 comments

By IBNYAHYA (DOT) NET - Memburu Cinta Ilahi | | Posted in , | With 0 comments




By IBNYAHYA (DOT) NET - Memburu Cinta Ilahi | Oktober 10, 2011 | Posted in | With 0 comments
Memburu Cinta Ilahi
08 Oktober 2011M /Zulkaedah 1432H
Mafraq, Jordan

10:51:AM

Baby Manja

Saya masih ingat lagi sewaktu hidup sebagai budak manja, budak hingusan kat sekolah rendah dahulu, hidup waktu tu buat pe pun tak kisah, asalkan apa yang saya nak dapat,waktu itu bermula dengan masuknya saya ke tahun 1 Sekolah Kebangsaan Kedai Lalat SKKL atau kini namanya SK Kota Jembal, banyak feir perangai bila bercakap zaman sekolah rendah ni, dulu saya kat sekolah seorang yang pendiam orangnya, hanya orang yang penah berkawan dengan saya jer tahu sifat saya waktu tu, time first time masuk kelas.

Cari Teman

Masa budak dulu, bahasa bualan awak saya, haha biasalah orang, beza caranya setiap orang, tapi itu cara saya time tu, Awak tolong jaga kerusi ni,saya nak keluar jap,;Kata saya pada teman yang duduk bersebelahan saya ketika itu, balas dia;baiklah saya jaga.Time itu seorang pun tak kenal, nama nya budak manja, time
nak kesekolah asyik nangis jer, bangun lewat, lambat-lambat mama saya kata kene
tinggal, teringat pula pada mama.


Buah Hati
Mama time kat umah memang tak menang tangan nak layan kerenah anak-anak, mama bertugas setiap
hari, hari-hari bangun awal  kejutkan saya dan adikberadik yang lain, mama ni memang pada semua anak nya, mana ada pilih kasih, memang saya akui, pilih kasih itu tiada dalam kamus keluarga saya, kalau ade pun, saya akan buang dalam tong sampah tutup rapat-rapat,jangan keluar biarkan disitu, nak cakap betapa boleh merosakkan hubungan, mama sentiasa kejutkan saya solat subuh tuk solat berjemaah bersama, mama memang banyak kerja nya, masak lagi, kekadang kalau rumah bersepah, sempat jugak saya kemas bersama mama.tiada mama lain dalam hati saya, sungguh baik pada cahaya mata yang dilahirkan.


Mama
SuperHeroin
Telinga saya masih terngiang-ngiang suara mama, jangan disebabkan satu perkara itu yen jatuh semangat; kata mama dengan penuh bersemangat tuk memenangi hati saya yang sedih, time tu malam peperiksaan besar bagi subjek selanjutnya selepas 4 subjek Berjaya ditempuhi di dewan peperiksaan, sesungguhnya malam tidak berbau, saya waktu tu kecewa sangat-sangat dengan seorang teman, sungguh dalam hidup saya tak pernah merasakan kecewa sebegitu, hendak pula malam peperiksaan, segalanya Allah telah rancangkan untuk hambanya, qada’ qadar nya SuperHeroin telah meyelamatkan keadaan, nangis tu memang wajib lah nagis, mama tanya kenapa macam ni, sakit hati dengan siapa, yen perlu tabah, esok nak exam, mama dengan penuh
kasih sayang nya membelai hati anak nya ini untuk meredakan panas hati ini, hampir mata ni merah berair, tahan punya tahan saya

luahkan pada mama sepanjang lebarnya, pada malam yang sama ulang kaji bagi subjek itu berlangsung dengan penuh bersemangat dalam hati saya untuk exam keesokkan harinya, dalam hati saya waktu tu, pandai juga mama ngajar yen subjek tu, sungguh memang mamalah SuperHeroin yen selama ini, panas membara bertukar kepada semangat membara, Keesokan harinya bangun pagi dengan semangat yang luar biasa hebat,exam yang ditempuhi di dewan peperiksaan pada waktu tu sememang nya menjawab dalam keadaan tenang, teringatkan pesan SuperHeroin saya semalam, subhanallah apa yang mama ajarkan semalam memang masuk paper peperiksaan time tu, sangat
bertenaga pegang pen menjawab soalan, saya balik dengan sifat semangat luar biasa hebat, terima kasih mama, sungguhpun begitu sifat kecewa tadi tak tamat begitu saja,memang masih terkesan dek paku dengan penukul, nak tahu history-nya, to be continued
..

By IBNYAHYA (DOT) NET - Memburu Cinta Ilahi | September 12, 2011 | Posted in | With 0 comments

MANUSIA takut kepada kucing mungkin kedengaran agak pelik. Tetapi sejarah membuktikan banyak lelaki yang dianggap ganas seperti Napoleon Bonaparte, Julius Caesar dan Hitler menderita akibat fobia terhadap kucing.






*TAKUT melampau terhadap kucing hakikatnya satu derita yang ditanggung oleh golongan ailurofobia.
*KEKEJAMAN terhadap haiwan seperti kucing tidak seharusnya berlaku kini.












Perasaan yang sama turut dialami oleh seorang lelaki di Kuala Lumpur yang hanya ingin dikenali sebagai Anan, 28.
Anan pernah membenci haiwan kesayangan Rasulullah s.a.w itu. Dia juga tidak menaruh rasa simpati tatkala berdepan dengan seekor kucing yang memerlukan bantuannya.
Baginya, kucing adalah binatang yang jahat dan menakutkan. Semua itu disebabkan peristiwa semasa kecil yang membuatkan dia trauma. Bagi mereka, haiwan kesayangan itu boleh bertukar menjadi mimpi ngeri.
“Sejak kecil lagi saya tidak menyukai kucing kerana ada insiden yang menakutkan saya,” tuturnya kepada Jurnal.
Menurut Anan, tiada kucing yang dibela di rumahnya. Dia hanya mengenali haiwan itu buat pertama kali sewaktu pulang ke rumah neneknya di kampung.
Pada mulanya Anan tidak gentar bermain-main dengan kucing neneknya sehinggalah pada hari dia berkongsi makanan ringan dengan haiwan itu.
“Saya memberinya makan makanan ringan itu tetapi ia seolah-olah tidak puas walaupun makanan itu sudah habis. Ia sebaliknya terus mengekori saya.
“Saya yang pada masa itu berumur kira-kira empat tahun mula berasa takut. Saiz kucing itu besar iaitu sehingga ke paras pinggang saya. Saya cuma terbayangkan kucing itu boleh menjadi ganas dengan menerkam dan membaham tubuh saya yang kecil,” kata Anan ketawa.
Fobia
Selepas peristiwa itu, Anan menjadi takut dengan kucing. Apabila ternampak sahaja haiwan itu, dia pasti cuba menjauhkan diri.
Dia merasakan haiwan itu ingin menyerangnya dengan gigi dan kukunya yang tajam. Melihat anak kucing bermain-main pada kaki orang dewasa pula boleh menyebabkan tubuh Anan menggigil kerana geli dan ketakutan.
Biarpun dia telah berusaha sedaya upaya untuk tidak terserempak dengan haiwan itu, ketenangan Anan sering juga diganggu ketika dia makan di warung.
“Sebenarnya saya tidak selesa makan di warung kerana di situ selalu ada kucing berkeliaran mencari makanan.
“Mereka sering merayu-rayu minta makanan hingga membuatkan saya naik geram. Saya rasa puas jika tidak memberinya makan.
“Saya juga akan marah melihat orang yang bukan saja memberinya makan bahkan menggosok-gosok tubuh kucing yang kotor itu seperti bermain dengan anak patung,” ujar Anan lagi yang menyifatkan dirinya sebagai ailurofobia iaitu fobia kepada kucing.
Bagaimanapun, beberapa kejadian telah menyebabkan dia berasa kesal sehingga ke hari ini.
Menurut Anan, dia pernah berlaku kejam terhadap haiwan itu. Dia menceritakan bagaimana dia hanya menyaksikan sahaja seekor anak kucing yang lemah kesejukan sewaktu hujan lebat.
“Ketika itu saya hendak pulang ke bilik hostel. Tiba-tiba saya ternampak seekor anak kucing berwarna kelabu yang kesejukan dalam hujan.
“Saya tidak berusaha langsung untuk menyelamatkannya bahkan membiarkannya terseksa begitu,” katanya. Ada nada penyesalan di sebalik getar suaranya.
Namun, persepsi Anan terhadap kucing berubah tatkala dia menikmati hidangan makan malam bersendirian di sebuah gerai di pinggir ibu kota.
Seperti biasa, gerai makanan yang dikunjungi Anan sentiasa dipenuhi kucing liar yang kurus dan kotor.
Ketika menikmati hidangan itu, seekor kucing jalanan telah melompat ke atas kerusi di sebelah tempat duduk Anan sambil mengiau dengan suara yang lembut meminta makanan.
“Pada mulanya saya tidak mengendahkan kucing itu sehinggalah mata saya memandang tepat pada raut wajahnya.
“Ketika bertentang mata dengan kucing hitam itu saya seperti dapat merasakan apa yang sedang ditanggung olehnya.
“Matanya yang bulat itu menyampaikan bahawa ia benar-benar memerlukan makanan dan itu yang membuatkan saya begitu kasihan.
“Saya tidak faham mengapa hati saya tersentuh. Mungkin Tuhan hendak memberi hidayah agar saya menyayangi sesama makhluk,” ujarnya.
Kata Anan, malam itu adalah kali pertama dia memberi makan kepada seekor kucing.
Malah, dia sempat menggelarkan kucing itu sebagai Itam kerana bulu kucing itu berwarna hitam.

Anak Kucing
Sewaktu dalam perjalanan pulang, fikirannya tidak keruan. Anan mula sedar bahawa dia tidak seharusnya membenci haiwan itu walaupun dia begitu fobia terhadapnya sebelum ini.
Semenjak hari itu, Anan akan berasa kasihan jika ternampak kucing jalanan.
Baru-baru ini, dia terserempak dengan sebuah kotak yang berisi empat ekor anak kucing yang dibuang orang.
“Saya bawa kucing itu balik ke rumah. Walaupun masih geli dan takut untuk menyentuhnya, saya percaya haiwan itu tidak akan menyerang saya.
“Saya bawa balik dan memberinya makan nasi berlaukkan ikan. Dengan bantuan adik saya, anak-anak kucing itu dibiarkan bermain-main di halaman rumah,” ujar Anan.
Namun, hayat kucing itu tidak panjang. Semua kucing itu didapati mati pada hari raya keempat yang baru lalu iaitu kira-kira seminggu selepas dia mengutip haiwan itu.
Jelas Anan, dia tidak mengetahui punca kucing tersebut mati serentak. Dia cuma mengandaikan ia mungkin disebabkan oleh keracunan kerana dibiarkan bermain di laman.
“Saya sempat merakamkan gambar kucing-kucing tersebut pada Aidilfitri lalu ketika mereka bermain-main di halaman rumah,” tuturnya.
Anan kini sedar bahawa dia tidak seharusnya membenci sesama makhluk. Biarpun takut dengan haiwan itu, dia tidak seharusnya berlaku zalim terhadapnya sebaliknya harus saling menyayangi.

Sumber : KOSMO